Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

Teks: Nurul Suhada Basir
Foto: Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Selamat menyambut maal hijrah pada pembaca sekalian. Banyak penghijrahan yang perlu dilakukan oleh kita pada tahun baru ini. Penghijrahan untuk memperoleh lebih kebaikan di dunia dan akhirat, inshaAllah. Ada yang tanya, dah mula bekerja ni, ko dah tak buat bisnes online ke? Iyalah, instagram tak update, page pun sama. Ya Allah, kita minta maaf sangat-sangat, sebab tak sempat nak update instagram, page semua. Kita masih buat bisnes online ni, cuma masih lagi dalam proses sesuaikan diri. Anak-anak pun masih lagi terkejut. Alhamdulillah, adik dah sihat dari demam lepas on off demam selama 5 hari. Mama mana tak risau. Hari keempat adik demam, kami bawa dia pergi hospital, siap ambil darah. Alhamdulillah, tiada denggi dan hanya jangkitan virus di kerongkong sahaja sebab kurang minum air. Kakak Sumayyah pun dah boleh terima keadaan baru ni dan dia pun happy bila ke taska. 

Muka budak tak sihat. Huhu.

Pengorbanan yang paling besar bagi seorang ibu adalah bila berjauhan dengan anak-anak. Serius, rindu sangat dengan diorang. Tapi takpelah, semoga pengorbanan ini dikurniakan kemanisan akhirnya. Dari menjadi seorang WAHM, berhijrah menjadi seorang ibu bekerjaya. Banyak jadual yang perlu diubah semula. Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatanNya. Ada juga yang tanya, kenapa sibuk sangat nak kerja sedangkan selama ni dah okey jadi WAHM? Banyak sebab, salah satu adalah sebab mengajar adalah minat kita. Disamping kukuhkan kewangan keluarga. Cita-cita untuk melihat suami sambung belajar juga sebenarnya. Bila dah ada duit setiap bulan, dan dah kukuh sikit, bolehlah suruh suami sambung belajar. Jangan dia suruh kita sambung phd dulu dah. Hehe. Belum ada kekuatan untuk sambung phd. Berniaga juga ada pendapatan tersendiri, tapi masih tak mampu untuk menanggung satu keluarga. Cukup sekadar membantu apa yang perlu. Kita pun tak fokus berniaga sangat dulu, lebih fokus pada anak-anak dan keluarga. Kalau fokus berniaga, inshaAllah, boleh pergi jauh. Banyak pulak membebel. Bila nak mula tulis, takde idea. Tapi, bila dah mula tulis, panjang bukan main. Huhu.

Okey, petang nanti bolehlah korang baca doa akhir tahun. Lepas maghrib, korang baca doa awal tahun pulak okey. Nah, kita tempek doa sekali. Semoga kita sama-sama peroleh keberkatan pada tahun-tahun yang lepas, tahun ini dan akan datang. Aamiinn Allahumma Aamin.



Harga ebook rahsia khidmat pelanggan masih lagi promosi iaitu sebanyak RM30. Selepas ini akan dinaikkan pada RM50. Cepat-cepat. Sangat dialu-alukan pada sesiapa yang memang berniaga secara atas talian dan juga yang berminat berniaga atas talian. 



Untuk pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi kita:-

Sms/Wassap: 014-9775245
Email: nurulsuhadabasir@gmail.com








Monday, October 13, 2014

HILANGNYA TITLE WAHM

Teks: Nurul Suhada Basir


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah setahun lima bulan menjadi WAHM, pada rabu lepas, iaitu 9 Oktober 2014, secara rasminya kita dah bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Sebenarnya, tak terfikir untuk kembali bekerja sebagai seorang pendidik sebab fikirkan anak-anak di rumah. Mungkin dah rezeki untuk kembali menjadi seorang pendidik. Setelah mula jalankan perniagaan dari rumah, Januari lalu, kita sudah berhenti mencari peluang bekerja di luar.

Nak dijadikan cerita, pada Ramadhan yang lepas, rakan lama ketika belajar di UKM dulu, Ina, hubungi kita nak tempah cheese tart. Rupa-rupanya dia bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Pada bulan Ogos, dia tawarkan untuk bekerja sebagai pembantu pengajar di sini kerana dia nak berhenti kerja dan pulang ke kampung. Kampungnya di Kedah. Dia nak cari kerja kat sana pulak, katanya. Kebetulan, dia tahu yang kita tak bekerja, dan suami kita pun kerja di dalam kawasan UPM, dia pun tawarkan kat kita. Lepas tanya suami, dia pun suruh kita mohon. Kita pun mohon, dua lepas permohonan, terus dapat panggilan untuk temuduga esoknya. Kelam kabut buat persediaan untuk temuduga. Hanya berserah pada Dia. Selepas temuduga, mereka cakap, jika dapat, mereka akan hubungi semula dan kemungkinan kemasukan pada bulan September.

Tunggu punya tunggu, hujung bulan Ogos kalau tak silap, Ina suruh email resume pada kak Liza, pembantu ketua jabatan di sini. Masuk bulan September, senyap tanpa berita. Kita ingat tak dapatlah. Buka balik email, saja check semula resume sebab dah lama tak cari kerja, email pun tak update sangat. Tengok-tengok balik, rupanya salah bagi nombor telefon. Lepas tu, kita email semula. Takde respon sampai rabu lepas. Rabu lepas tu pun, Ina yang telefon, tanya kita nak jadi tak pembantu pengajar kat sini. Kita cakap la, nak. Dia cakap, orang UPM call tak dapat. Rupanya diorang tak dapat resume baru yang kita dah update tu.

Petang tu jugak telefon UPM, dan diorang mintak datang ambil surat lapor diri. Petang tu pergi ambil surat lapor diri, cari taska untuk anak-anak. Alhamdulillah, taska blok sebelah rumah terima anak-anak. Kebetulan, seorang dari anak jagaan dia nak pindah bulan depan. Kesian kakak Sumayyah dan adik Aisyah. Tiba-tiba kena hantar pergi taska. Pagi tadi, adik masih lagi menangis bila hantar. Nak pulak dia masih susu badan. Buat masa ni, kita bekalkan dengan susu segar untuk adik. Hujung minggu lepas, dah bagi dia minum, dia pun okey. Lepas ni, mama akan usaha pam susu untuk bekalkan kat adik. Diorang pun terkejut lagi dengan suasana baru. Semoga diorang dapat sesuaikan diri di tempat baru. Aamiin.

Wednesday, October 1, 2014

BASUH MESIN BASUH?

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak cerita mengenai basuh mesin basuh. Minggu lepas, dalam satu group Facebook yang kita join, ada cerita mengenai basuh mesin basuh. Pernah tak korang basuh mesin basuh korang? Bukan takat lap-lap luar mesin basuh, ni basuh dalam mesin basuh tu sendiri. Cerita kat Encik AH, yang kitorang tak pernah basuh pun mesin basuh, dan yang paling sendu, tak pernah tahu pun mesin basuh tu perlu dicuci jugak. Huhu.

Patutlah, dulu mesin basuh kat rumah mak, tiap kali basuh, ada lekat kuning-kuning kat baju. Masa tu memang ingat punca baju kotor tu sebab air. Kesian air dipersalahkan. Haha. Rupa-rupanya salah sendiri, tak basuh mesin basuh. Lepas bagitahu Encik AH, 2 hari kemudian, dia belikan sabun daricosway, memang khas untuk bersihkan mesin basuh.

Sabun yang dibeli di cosway


Ada 2 cara untuk guna dan bersihkan mesin basuh.

Cara Pertama

1. Tuang sabun dalam mesin basuh, tekan 'tub cleaning' dan biarkan sampai mesin siap. Proses ini dalam jangkamasa sejam.
2. Nanti akan keluar segala kotoran yang ada dalam mesin basuh, korang boleh ambil kain atau tisu untuk lap.

Cara Kedua

1. Tuang sabun dalam mesin basuh, set air sehingga maksimum, biarkan mesin berpusing 2-3 minit, biarkan terendam selama 5 jam.
2. Nanti akan keluar segala kotoran yang ada dalam mesin basuh, pastu korang tekan 'rinse and spin'
3. Korang boleh ambil kain atau tisu untuk lap.

Cara kedua lagi praktikal sebab rendam lama, dan lebih banyak kotoran yang keluar.

Semoga bermanfaat.








Friday, September 26, 2014

TIPS DARI MAMA : Blog Sebagai Tempat Simpan Maklumat dan Gambar

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Setelah melalui pengalaman hardisk rosak, dan semua maklumat penting dan gambar-gambar kenangan hilang begitu sahaja, saya dapat idea untuk simpan maklumat ini di blog supaya tiada lagi kesedihan di kemudian hari. Sudah tentu tidak semua gambar boleh di muatkan di dalam blog, tetapi sekurang-kurangnya kita ada sekeping dua gambar kenangan untuk ditatap. Sebelum ini, saya hanya menganggap bahawa semua maklumat yang tersimpan di hardisk di bahagian 'Drive D' adalah selamat kerana jika kita format laptop sekalipun, ianya tidak akan ganggu kawasan terbabit. Ternyata ianya masih tidak selamat. Banyak gambar dan maklumat penting hilang setelah rosaknya hardisk terbabit. *sedih*

Hari ni saya nak simpan sedikit gambar kenangan sempena sambutan majlis perkahwinan sepupu saya pada 19 dan 20 september yang lepas. Selamat pengantin baru diucapkan pada ikhwan dan atiqah. Semoga diberkati Ilahi. 








Banyak sangat-sangat gambar lagi, tapi tak sesuai untuk diletakkan di sini. Selepas ini, nak kaji mengenai dropbox pulak. Kakak cakap, lebih baik simpan maklumat di dropbox. Tapi saya tak pernah cuba untuk guna lagi. Kalau sesuai, nanti kita cerita mengenai dropbox pulak, ok. Salam semua. Semoga bermanfaat. 







Wednesday, September 10, 2014

KEMBALI BERSIARAN

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.



Setelah beberapa bulan menyepikan diri, alhamdulillah, kita dah dapat bersiaran kembali. Laptop yang telah berkhidmat selama dua tahun lebih telah kembali pulih seperti sedia kala setelah rosak hampir 3 bulan lamanya. Terima kasih encik suami yang telah berusaha menghantar laptop untuk dibaik pulih. Aku ingatkan 2 bulan je, rupa-rupanya dah hampir 3 bulan tak pegang laptop sampai nak menaip pon dah tak selaju dahulu. Walaupun laptop sudah pulih, tapi ingatan laptop ini telah hilang sampai bila-bila. Huhu. Laptop rosak sebab hardisk rupanya. Hilang segala gambar, nota-nota, ebook, dan segala macam simpanan yang disimpan di dalam hardisk tersebut. Sodaqallahua'azim. Nak baik pulih hardisk perlukan rm1000-2000. Tak mengapalah. Mungkin sebab kekhilafan sendiri. 

Bila dah tinggal lama ni, banyak yang nak kena polish semula. Banyak yang dah lupa. Banyak yang nak kena recover balik. Tak apalah, perlahan-lahan. Minta maaf kepada cikgu Aishah sebab lama menyepikan diri. Progress mungkin agak perlahan berbanding kawan-kawan lain, tapi akan berusaha seboleh mungkin untuk penuhi 44 catatan. InshaAllah.

Sunday, June 15, 2014

PENGALAMAN SOLAT DENGAN ANAK KECIL DI SURAU AWAM

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah tak korang semua keluar ke pasaraya dan kemudian nak solat di surau, tapi takde orang nk jaga anak kecil korang. Sebelum tu, aku minta maaf banyak-banyak kalau ada kesalahan ejaan atau pharagraph tak tersusun ke apa, sebab aku tulis melalui handphone sahaja. Laptop tak sihat lagi.

Kisahnya petang semalam, aku keluar dengan suami dan anak-anak jalan-jalan kat taman tasik cempaka, bangi. Pukul 7 petang, suami ajak pergi makan. Kitorang pun pergi makan di kfc pkns bangi. Siap makan, adik Aisya mengamuk nak susu. Jadi, aku decide pergi surau dekat pkns tu, alang-alang boleh terus solat maghrib. Siap susu, tiba-tiba terfikir macam mana nak ambil wuduk? Mana nak letak adik ni. Dia buan boleh duduk jauh dengan mama. Nanti menangis.

Lepas tu, dapat idea. Haha. Bawa je adik ambil wuduk sekali. Kepit adik duduk dekat kaki mama. Alhamdulillah, adik duduk diam je. Sambil main air sikit-sikit.

Lepas tu, fikir pula macam mana nak tinggalkan adik sebab nak solat. Takut dia berjalan-jalan masa mama solat. Nak telefon abahnya, takut abahnya tengah solat. Lagipun, surau lelaki dan perempuan berbeza tingkat. Agak jauh. Jadi, mama tawakal sahaja dengan Allah SWT supaya adik diam-diam masa mama solat. Aku pilih tempat solat tepi dinding dengan harapan adik duduk tepi diam-diam. Hehe.

Adik Aisya tak nak duduk, puas aku pujuk. Tapi okey lagi sebab di tak nak duduk, tapi berdiri sambil menyandar ke dinding. Aku pun mula solat. Mula-mula adik diam je berdiri tepi. Masuk rakaat kedua, dia mula berjalan. Tapi skitar tempat aku solat sahaja. Alhamdulillah, berjaya juga solat di tempat awam bersama adik Aisya. Dia pun faham mama tengah solat. Tak menangis atau meragam. Lepas ni tak perlu bergilir dengan abah dia dah untuk solat.







Friday, June 13, 2014

AISYA DAH SETAHUN

Teks : Nurul Suhada Basir



She's turn 1 today. Even her birthday on 20th june 2013, but she was born on the day of nisfu syaaban a.k.a 15 of syaaban 1434.

Masih teringat saat melahirkan Aisyatun Syafiyah. Tepat pada 20 jun 2013, selepas solat subuh dah rasa sedikit kesakitan. Kebetulan itu adalah due date adik lahir, mama tak terus pergi ke hospital. Mama decide nk pegi check up dulu ke klinik. 

Sampai klinik, nurse yg handle mama xde. So, terpaksa tunggu turn yg sangat laamaa dengan keadaan contraction. But mama still sabar. Datang pukul 8 pagi, jumpa nurse pukul 10.30 pagi. Masuk bilik nurse, nurse bebel sebab dtg time nurse yqng patut check up mama xde. Kenapa x col dulu la apa. Mama malas layan diam je, sebab before tu, ok je perjalanan check up. Dan nurse yang check up mama yang bagi tarikh tu. Sebab sakit, mama buat x dengar je nurse tu cakap. Haha. 

Then, nurse check tekanan darah, tiba2 tekanan tinggi. 143/90 kot. Biasa tekanan darah mama 100/70 je. 3 kali nurse cek. Mama ckp perut dah rasa cam lain macam. Tp x taw la false alarm ke apa. So, nurse tanya nak cek x, then mama ckp cek je la, since mmg duenye hari tu. Nurse cek, then die kelam kabut sbb ckp mama mmg nk bersalin. Haha. Kelam kabut diorang. Kikiki. 

Memang diorg x kasi mama balik. Mama col abah, ckp nurse nk hantar ke hospital terus. Smpi hospital, dah kul 12 tghari. Jumpa abah kat hospital je. Setel daftar semua, jam dah kul 1. Tggu tokmi hantar mknn, sebab dari pagi x makan apa2. Actually mama dah kena masuk labour room. Tapi mama cakap nak makan jap. Huhu. Lepas mkn, mama masuk buat check jantung baby semua. Masuk labour room pukul 2. Pukul 2.30 petang memang adik dah push nak keluar. Pukul 2.40 petang, adik keluar. Sgt sekejap sakit nk bersalin. Mama bersyukur sangat. Senang adik keluar. Tapi problem lepas tu, uri lekat. Pihak hospital terpaksa hantar mama ke hospital yg lagi besar. Apapun, mama bersyukur sebab Allah kurniakan 2 puteri pada mama. Alhamdulillah. Dua2 puteri mama, semua tunggu abah sampai baru nk keluar. Bukak mata, nmpk abah dulu. Hihi. 

Eh, tacing pulak mlm2 ni. Hehe. K la, good night. Salam nisfu syaaban.


Wednesday, June 11, 2014

LAPTOP BERMASALAH??

Teks : Nurul Suhada Basir

Assalamualaikum wbt pada para pembaca. Berbulan rasa saya menyepi. Laptopku bermasalah. Mungkin virus menyerang. Dengan kekangan bisnes dan tempahan yang diterima membuatkan saya tidak sempat menulis.

Hari ni, saya cuba untuk menulis menggunakan handphone. Ada kekurangan apabila menulis menggunakan handphone. Dan saya tidak berjaya untuk masukkan gambar. Kena banyak belajar lagi ni. Hehe.

Ok lah, nanti kita ketemu lagi. Saya berdoa agar laptop kesayangan saya cepat sembuh. Huhu. Salam sayang. Muah.


Monday, March 31, 2014

SIAPA MENTOR ANDA?

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.

Persoalan pertama. Siapa mentor anda? 

Bertanya pada diri sendiri siapakah mentor yang ingin kita ikut dan contohi supaya jadi seperti mereka. Setelah menonton program Rasul Yang Kata pagi isnin lepas, di mana tajuknya adalah Rasulullah SAW Sebagai Mentor Kita, kadang-kadang terasa terpukul kerana mentor-mentor yang ingin dicontohi adalah bersifat duniawi. Ustaz yang menyampaikannya menekankan bahawa Rasulullah SAW adalah orang pertama yang sepatutnya kita jadikan sebagai MENTOR kita. 

Bagaimana kita hendak jadikan Rasulullah SAW sebagai mentor? Kaedah-kaedahnya adalah: 
  • Kita kena kenal dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, belajarlah mengenal Baginda. Belajarlah mencintai Baginda. Contohi cara Baginda melayan isteri dan sahabat-sahabat Baginda. Belajar sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.
  • Rasulullah SAW telah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, hiduplah dengan berpandukan dengan Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak sesat.
  • Sentiasa membaca sirah Nabi Muhammad SAW, dan contohi cara Rasulullah menyelesaikan masalah.


Selepas Rasulullah, barulah kita boleh cari mentor lain. Jika ingin berniaga, anda boleh lihat di sini untuk pilih mentor dalam bidang perniagaan. Jika ingin berjaya dalam bidang jurutera, pilihlah jurutera yang berjaya untuk dijadikan mentor. Begitu juga dalam bidang bakeri, pilihlah orang yang dah berjaya dalam bidang bakeri sebagai mentor. Pilihlah mentor yang dah terbukti berjaya dalam bidang mereka, barulah sesuai untuk dijadikan mentor. Cita-cita saya ingin berjaya dalam bidang bakeri, dan saya juga ada mentor dalam bidang ini. Alhamdulillah, Puan Siti Hajar adalah mentor saya dalam bidang bakeri ini, telah terbukti berjaya dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana beliau sedia membantu anak didiknya pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur, saya ditemukan dengan Dr Azizan Osman (DAO) oleh ibu saya. Ibu saya mengajak saya pergi ke program DAO di MIECC, The Mines awal tahun lalu. Program yang saya hadiri adalah Advanced Marketing Power yang dianjurkan oleh Richworks. Dalam terkapai-kapai nak mulakan bisnes, tak tahu nak mula dari mana, ilmu bisnes yang sesungguhnya memang kosong, dan program ini sangat-sangat membantu saya untuk mulakan perniagaan saya. That was my first turning point. Di dalam program ini juga saya kenal dengan Puan Siti Hajar. Dengan Puan Siti Hajar, saya belajar selok belok untuk berniaga di bidang bakeri.

Belajar selok belok berniaga sahaja tidak mencukupi buat saya. Ini kerana saya adalah surirumah sepenuh masa sebelum ini. Jadi, saya perlu bijak mengurus masa bagi keluarga dan bisnes. Mempunyai dua orang anak yang tengah membesar, perlu diberi perhatian penuh pada mereka. Saya juga perlukan mentor atau guru bagi mengajar saya untuk menguruskan masa dengan sempurna. Setelah mencari di internet, Allah pertemukan saya dengan guru online Puan Aishah Hussien. Yang mana cikgu Aishah adalah seorang wanita bekerja dari rumah (Work At Home Moms - WAHM). Cikgu Aishah juga memberi peluang untuk saya menjadi rakan niaga akademi bekerja di rumah. Banyak faedah yang saya perolehi setelah menjadi rakan niaga akademi ini. Di antara faedah yang saya dapat adalah seperti gambar di bawah. Akademi ini ditubuhkan bagi membantu surirumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan hanya duduk di rumah sahaja. Rakan niaga masih lagi terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk sertai. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pakej Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Berbalik pada rancangan tadi, ada seorang kanak-kanak bertanya pada ustaz, 'Kenapa ramai jadikan artis sebagai mentor?'. Ustaz menjawab, hal ini kerana mereka tidak kenal Rasulullah SAW. Rasulullah adalah HERO kita. Rasulullah SAW akan membantu kita memberi syafaat di akhirat kelak. MasyaAllah, sangat rugi sesiapa yang tidak menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan idolanya. 

Bolehkah kita menjadi mentor? Siapa yang teringin menjadi mentor kepada orang lain? Tentu kita bangga dan suka ada orang jadikan kita sebagai mentor. Jangan pula apabila sudah menjadi mentor pada orang lain, diri jadi riak dan bongkak. Niat menjadi mentor kepada orang lain adalah kerana Allah. Ikhlas untuk membantu orang lain. Oleh itu, untuk menjadi mentor, kita mestilah:
  • Niat untuk bantu orang lain, ikhlas kerana Allah SWT.
  • Seorang yang dahagakan ilmu. Sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
  • Tawaduk iaitu rendah diri.
Wallahu'alam.



Thursday, March 20, 2014

JUTAWAN AKHIRAT

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan google

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.


Jumaat lepas, 15 Mac 2014, saya telah menonton rancangan Positif Pagi pada jam 9.30 pagi. Tajuk Positif Pagi pada hari itu adalah Jutawan Akhirat yang telah di sampaikan oleh Doktor Azizan Osman (DAO). Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang saya telah belajar dalam program ini.

Semua yang hidup, pasti akan mati. Cuma, sejauh mana seseorang itu bersedia untuk membawa bekalan ke alam sana. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi mati, dan hidup kembali di alam sana nanti? Jika belum, bila lagi anda mahu bersedia? Mari kita mula dari sekarang untuk mengumpul dana supaya kita menjadi jutawan di akhirat nanti. InsyaAllah.

Kebanyakan manusia ini yang beragama Islam sudah tahu 3 perkara yang akan menjadi dana untuk kita bawa ke akhirat nanti. 3 perkara atau dana yang kita boleh jadikan kita kaya di akhirat nanti adalah:

  • Sedekah Jariah
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Anak yang soleh
Sudahkan anda bersedekah hari ni? Seboleh mungkin, tiap-tiap hari, cari tempat untuk kita bersedekah. Jika kita bekerja di rumah, kita tentu tidak akan jumpa orang yang kita boleh bersedekah, tapi di dunia hari ini, di rumah pun kita boleh bersedekah. Bagaimana? Kita hanya perlu cari tempat-tempat yang memerlukan dana seperti rumah anak-anak yatim, tahfiz, dan rumah kebajikan di internet. Kemudian, kita hanya pindahkan wang kita dengan menggunakan perbankan internet (Maybank2u, CimbClicks) kepada akaun mereka. Jika tak mampu sedekah banyak, sehari rm1.00 pun sudah cukup. Janji ia dijadikan amalan kita (Saya pun masih berusaha ke arah ini). Percayalah, anda akan nampak kekuatan bersedekah (Power of Contribution). Jika itu pun tidak mampu, kita ada cara lain, kita boleh sedekah ilmu-ilmu yang kita ada, baju-baju terpakai yang masih cantik, sedekah dari segi perkhidmatan dan banyak lagi cara lain untuk bersedekah. Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, sedekah yang paling bernilai adalah apabila kita sedekah barang yang paling kita sayang. Contoh, baju yang paling kita sayang, kita sedekahkan kepada orang lain. Itu adalah sedekah yang paling bernilai. InsyaAllah. Pada hari Jumaat, kita sedekah lebih sedikit daripada biasa. Jika orang meminta, kita memberi. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan perolehi. Sedekahlah dan kalau boleh, sedekah yang apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini, sedekah itu sentiasa menjadi dana kita di sana. Contohnya, sedekah untuk bina masjid. Selagi orang menggunakan masjid tersebut, selagi itulah pahalanya kita dapat. Ianya menjadi 'passive income' untuk kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Selain pada sedekah, pahala yang akan bantu kita di sana nanti adalah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Bagi sesiapa yang menjadi guru, pensyarah, dan tenaga pengajar, itu menjadi satu kelebihan pada mereka di mana selagi ilmu yang mereka beri itu memberi manfaat kepada anak murid mereka, dan anak murid mereka menggunakan ilmu itu, maka pahalanya akan sentiasa berjalan. Habis, kita yang bekerja dekat rumah tak dapatlah pahala ni? Kita juga boleh memperolehinya. Bagaimana? Inilah yang saya sedang lakukan. Tulis blog, selagi blog yang saya tulis boleh memberi manfaat kepada pembaca, dan pembaca mengaplikasi apa yang saya tulis, insyaAllah, pahalanya saya akan dapat. Ini sebagai contoh sahaja ye. 

Yang terakhir, pendapatan pasif yang kita boleh bawa adalah anak yang soleh dan solehah. Yang ini satu kelebihan bagi sesiapa yang bekerja di rumah (seperti saya) yang mana anak-anak membesar depan mata dan sentiasa berada dengan kita. 

Orang yang berjaya dan berfikir, dia akan guna apa yang dia ada untuk kumpul aset ke akhirat nanti. Bagaimana kita nak gunakan dunia kita untuk kita tebus di akhirat nanti. Kuncinya:
  • Syukur - Orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa berada dalam redha Allah
  • Sujud - Sentiasa sujud, jangan tinggal solat yang wajib dan banyakkan yang sunat.
  • Sedekah - Perbanyakkan sedekah
  • Salam - Sentiasa hulurkan silaturrahim dengan orang lain
  • Seronok - Berasa seronok apabila melakukan kebaikan
Impian saya menjadi jutawan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kita mati dalam khusnul khotimah. Aamiinn Allahumma Aamiin.

Wallahu'alam.



Wednesday, March 19, 2014

DEMAM CAMPAK

Teks : Nurul Suhada
Foto : Koleksi sendiri

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bercerita mengenai demam campak. Hari rabu malam yang lepas, adik Aisya demam. Memang pantau la suhu dia, sebab ada sekali tu, cek suhu naik sampai 38.8oC . Apa yang saya buat semasa Aisya demam, atau kakaknya demam adalah pantau suhu diorang dan keep sponging, maksudnya, sentiasa basahkan badan diorang. Kemudian, masak sup ayam yang berasaskan tulang-tulang ayam, banyakkan bawang putih dan halia dalam sup tu, bagi diorang makan. Selain sup ayam, saya selalu buat ayam masak halia. Yang ini pun saya isi bawang putih dan halia banyak-banyak. Pakaikan diorang 'garlic socks' dan sapu minyak bawang putih di tapak kaki. Kalau ada batuk dan selsema, saya sapukan 'jerslin oil' pada ubun-ubun, belakang dan depan dada, dan juga atas hidung sikit. Seboleh mungkin, saya akan elak ubat-ubatan seperti antibiotik dan paracetamol (pcm). Saya tetap bersedia dengan pcm. Pcm perlu diberi jika suhu mereka melebihi 38.5oC. Tetapi Aisya hanya sekali dua sahaja suhunya mencecah sehingga 38.8oC. 

Demam Aisya kebah selepas 3 hari. Tapi, selepas kebah demam, naik pulak bintik-bintik merah dan saya serta suami syak kena campak. Saya bertanya pada sahabat-sahabat yang berpengalaman mengenai demam campak, dan daripada penerangan mereka, memang sah Aisya kena demam campak. Selain pada itu, saya mencari maklumat mengenai campak menggunakan google dan di dalam kumpulan facebook yang saya sertai iaitu Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia. Saya sangat berterima kasih pada admin grup tersebut kerana sangat berusaha membantu ibubapa untuk menyelesaikan masalah yang saya dan ibubapa lain hadapi. 




Apa yang saya lakukan apabila Aisya kena campak:

  • Kerapkan beri susu ibu
  • Aisya dah nak masuk 9 bulan, dah makan makanan pejal, oleh itu, saya beri lebih air masak, air barli, dua sudu air kelapa. 
  • Sapu minyak kelapa dara, saya juga beri Aisya 1 sudu kecil minyak kelapa dara. (Beri minyak kelapa dara yang boleh dimakan ye)
  • Elakkan Aisya dari berpeluh, Alhamdulillah, cuaca sejuk semasa Aisya kena campak, jadi dia kurang berpeluh.
Hari Isnin, saya bawa Aisya ke klinik setelah sehari bintik-bintik merah tak reda. Doktor bagi pcm dan calamine lotion. Disebabkan Aisya dah tak demam, saya tidak beri pcm. Saya hanya sapu calamine lotion sahaja setiap kali lepas mandi. Alhamdulillah, hari selasa, bintik merah Aisya sudah kurang dan hari ini sembuh sepenuhnya. Syukur Ya Allah. 



*Kalau ada yang nak tahu mengenai 'garlic socks' dan minyak bawang putih, boleh komen di bawah dan saya akan buat entri mengenainya.