Thursday, March 20, 2014

JUTAWAN AKHIRAT

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan google

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.


Jumaat lepas, 15 Mac 2014, saya telah menonton rancangan Positif Pagi pada jam 9.30 pagi. Tajuk Positif Pagi pada hari itu adalah Jutawan Akhirat yang telah di sampaikan oleh Doktor Azizan Osman (DAO). Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang saya telah belajar dalam program ini.

Semua yang hidup, pasti akan mati. Cuma, sejauh mana seseorang itu bersedia untuk membawa bekalan ke alam sana. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi mati, dan hidup kembali di alam sana nanti? Jika belum, bila lagi anda mahu bersedia? Mari kita mula dari sekarang untuk mengumpul dana supaya kita menjadi jutawan di akhirat nanti. InsyaAllah.

Kebanyakan manusia ini yang beragama Islam sudah tahu 3 perkara yang akan menjadi dana untuk kita bawa ke akhirat nanti. 3 perkara atau dana yang kita boleh jadikan kita kaya di akhirat nanti adalah:

  • Sedekah Jariah
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Anak yang soleh
Sudahkan anda bersedekah hari ni? Seboleh mungkin, tiap-tiap hari, cari tempat untuk kita bersedekah. Jika kita bekerja di rumah, kita tentu tidak akan jumpa orang yang kita boleh bersedekah, tapi di dunia hari ini, di rumah pun kita boleh bersedekah. Bagaimana? Kita hanya perlu cari tempat-tempat yang memerlukan dana seperti rumah anak-anak yatim, tahfiz, dan rumah kebajikan di internet. Kemudian, kita hanya pindahkan wang kita dengan menggunakan perbankan internet (Maybank2u, CimbClicks) kepada akaun mereka. Jika tak mampu sedekah banyak, sehari rm1.00 pun sudah cukup. Janji ia dijadikan amalan kita (Saya pun masih berusaha ke arah ini). Percayalah, anda akan nampak kekuatan bersedekah (Power of Contribution). Jika itu pun tidak mampu, kita ada cara lain, kita boleh sedekah ilmu-ilmu yang kita ada, baju-baju terpakai yang masih cantik, sedekah dari segi perkhidmatan dan banyak lagi cara lain untuk bersedekah. Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, sedekah yang paling bernilai adalah apabila kita sedekah barang yang paling kita sayang. Contoh, baju yang paling kita sayang, kita sedekahkan kepada orang lain. Itu adalah sedekah yang paling bernilai. InsyaAllah. Pada hari Jumaat, kita sedekah lebih sedikit daripada biasa. Jika orang meminta, kita memberi. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan perolehi. Sedekahlah dan kalau boleh, sedekah yang apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini, sedekah itu sentiasa menjadi dana kita di sana. Contohnya, sedekah untuk bina masjid. Selagi orang menggunakan masjid tersebut, selagi itulah pahalanya kita dapat. Ianya menjadi 'passive income' untuk kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Selain pada sedekah, pahala yang akan bantu kita di sana nanti adalah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Bagi sesiapa yang menjadi guru, pensyarah, dan tenaga pengajar, itu menjadi satu kelebihan pada mereka di mana selagi ilmu yang mereka beri itu memberi manfaat kepada anak murid mereka, dan anak murid mereka menggunakan ilmu itu, maka pahalanya akan sentiasa berjalan. Habis, kita yang bekerja dekat rumah tak dapatlah pahala ni? Kita juga boleh memperolehinya. Bagaimana? Inilah yang saya sedang lakukan. Tulis blog, selagi blog yang saya tulis boleh memberi manfaat kepada pembaca, dan pembaca mengaplikasi apa yang saya tulis, insyaAllah, pahalanya saya akan dapat. Ini sebagai contoh sahaja ye. 

Yang terakhir, pendapatan pasif yang kita boleh bawa adalah anak yang soleh dan solehah. Yang ini satu kelebihan bagi sesiapa yang bekerja di rumah (seperti saya) yang mana anak-anak membesar depan mata dan sentiasa berada dengan kita. 

Orang yang berjaya dan berfikir, dia akan guna apa yang dia ada untuk kumpul aset ke akhirat nanti. Bagaimana kita nak gunakan dunia kita untuk kita tebus di akhirat nanti. Kuncinya:
  • Syukur - Orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa berada dalam redha Allah
  • Sujud - Sentiasa sujud, jangan tinggal solat yang wajib dan banyakkan yang sunat.
  • Sedekah - Perbanyakkan sedekah
  • Salam - Sentiasa hulurkan silaturrahim dengan orang lain
  • Seronok - Berasa seronok apabila melakukan kebaikan
Impian saya menjadi jutawan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kita mati dalam khusnul khotimah. Aamiinn Allahumma Aamiin.

Wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment