Friday, April 25, 2014

INFO BUAT MAMA : Cara Hadapi Anak Mengamuk

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.


Akhir-akhir ni, kakak sumayyah kuat sangat mengamuk, menjerit-jerit, kuat marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Mama pun dah naik pening fikir. Macam-macam cara dah buat supaya dia tak mengamuk. Mama faham yang kakak tengah mengalami proses pembesaran. Pakar kanak-kanak juga mendapati pada waktu ini jugalah, iaitu anak-anak antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau mengalami throw temper tantrums. Bila kakak mula mengamuk, mama mula nak marah jugak. Dah berapa kali abah tegur mama supaya layan kakak baik-baik sebab dia tak faham lagi apa yang dia buat. Hehe. Sekarang, mama tengah belajar bersabar dengan super duper banyaknya untuk layan kakak. 

Jom kita belajar dari Prof. Dr. Rozieta Shaary berkenaan anak kuat mengamuk ni.

Ada beberapa orang bertanya; 'BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL ANAK-ANAK YANG BERUSIA 2HINGGA 6 TAHUN YANG SUKA MENGAMUK'.

Pertama - Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.

Kedua -  Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan  emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.

Ketiga - Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata-kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.

Empat - ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dgn tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dgn tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.

Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.

Bayangkan begini, jika anda di pejabat dan suatu perkara mengejutkan dan mungkin berbahaya berlaku. Semua orang panik. Semua orang jadi rasa tidak menentu dan hilang-punca. Pada ketika itu, jika ketua di pejabat itu pun sama naik hilang punca dan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata tidak baik dan marah-marah dan menyalahkan anda, bagaimana pandangan anda kepada ketua itu? Anda mengharapkan dialah yang boleh memimpin semua untuk boleh tenang dan bertindak bijak. Tapi kepimpinannya menyebabkan keadaan menjadi lagi kecuh dan keruh. Bolehkah anda menghormati kepimpinannya itu?

Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar dpd keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan. Sama seperti ketua di pejabat tadi. Our children need our leadership especially in situation like this. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi... hati dan jiwa mereka tercalar.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat maka bila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda, kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang dan tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu? Adakah mereka ini keturunan Adam a.s yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan Iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, bila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin overwhelm, mungkin rasa tidak dikasihi dsb. Dan semua itu ada ubatnya. Jadi soalan bagaimana hendak mengawal anak-anak yang suka mengamuk, membaling barang atau mengeluarkan perkataan tidak baik;

- tenangkan diri anda dulu - Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya
- lihat punca mengapa dia mengamuk dsb
- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
- minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham 'space' mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.

- setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik utk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya. So that they know, that is the right behavior.
- Avoid power struggle. They know you are in control when you actually show that you can manage situation like this with full of wisdom, love and empowering.

Semoga ini akan dapat membantu anda mengendalikan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang suka mengamuk.

============================================================
Anak suka mengamuk adalah salah satu cabaran bagi WAHM. Mesti kena tahu cara untuk ambil hati anak-anak supaya kita dapat bekerja dengan gembira. Ada 8 tindakan yang boleh kita gunakan untuk menangani masalah ini. Kesemuanya ada dibincangkan dalam ebook Super WAHM Super Mom tulisan Masayu Ahmad.




Harga = RM25
Berminat??

Hubungi saya:-
Nurul Suhada Basir
Emel: 
nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245

Thursday, April 24, 2014

INFO UNTUK BAKERS : Mengenali Jenis-jenis Tepung

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.



Salah satu bahan yang utama untuk penghasilan kek adalah tepung. Tepung ini ada banyak jenis dan berbeza kegunaannya. Bagi yang baru terjun ke bidang bakeri ni, mesti agak pening. Masuk je kedai barang bakeri, nampak banyak jenis tepung. Ada tepung gandum, tepung red rose, tepung naik sendiri, tepung serbaguna, tepung jagung, tepung beras, tepung berprotien tinggi, tepung berprotien rendah, tepung hongkong, dan macam-macam lagilah. Ha, amek kau. Ada yang kenal tepung gandum aje. Haha. Ok la tu, kenal juga. Jangan gula icing dikatakan tepung sudah. Kata cikgu saya, tepung asas biasanya adalah tepung gandum dan tepung jagung. Tepung-tepung yang lain itu adalah hasil campuran beberapa tepung dan bahan bakeri lain. Jom kita mengenal jenis tepung.

1.  Tepung Serbaguna
Tepung serbaguna adalah tepung yang sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis masakan. Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau. Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan tepung ini kerana mudah untuk didapati dan juga boleh guna untuk apa jua jenis masakan. Tepung gandum berfungsi seperti tepung serbaguna.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek, biskut dan masakan lain

2.  Tepung Berprotein Tinggi
Tepung ini kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Tepung berprotein tinggi digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

3.  Tepung Berprotein Rendah
Tepung ini dikenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

4.  Tepung Naik Sendiri
Boleh juga dipanggil tepung berserbuk penaik di mana tepung ini mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat. Tidak perlu lagi menambah serbuk penaik jika menggunakan tepung ini. Tepung ini banyak dijual di pasaraya. Jika tiada atau tidak jumpa, ayak 250g tepung gandum dengan 1 sudu besar serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek

5.  Tepung Red Rose
Juga dikenali sebagai tepung biskut. Kandungan tepung ini telah dicampur tepung jagung dan bahan perangup tetapi anda tidak perlu mengurangkan sukatan tepung jagung jika dalam resepinya menggunakan tepung jagung dalam kuantiti yang sedikit. Biskut yang diperbuat dari tepung ini lebih sedap dan rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut

6.   Tepung Hongkong
Ada sesetengahnya memanggil tepung hongkong sebagai Water Lily Flour. Tepung ini sangat putih dan lebih halus, seringkali digunakan untuk membuat pau dan kek lapis kerana menjadikan teksturnya lebih lembut. Sebilangan kecil kedai bakeri tidak bekalkan tepung ini kerana ia mudah rosak. Sebagai ganti, tepung pau boleh digunakan untuk membuat pau. Tepung hongkong ini semakin popular kerana penggunaannya dalam pembuatan kek snowcheese.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

7.     Tepung Hoen Kwee
Sesetengah orang menggunakan tepung ini untuk membuat kuih-muih. Namun, di pasaran, pembungkus tepung Hoen Kwee mempunyai pelbagai jenis warna. Contohnya, plastik oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda. Tepung jenis ini di perbuat dari kacang. 
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding

8.  Tepung Superfine (Soft Flour)
Tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tiada bahan penaik di dalamnya. Tepung iniboleh dikategori di dalam tepung low protien

9.  Tepung Pulut
Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli di mana beras merah ini bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru.

10.Tepung Jagung
Tepung jagung fungsinya adalah memekatkan masakan. Selain itu, kita boleh menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut  rangup. Kita juga boleh menambahkan tepung jagung ke dalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai

11.  Lain-lain jenis tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Kentang, Tepung Sagu, Tepung Susu (krimer).  Kesemua jenis tepung ini biasanya digunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

      ***************************************************************************

Kami di Da Bakers Station (DBS) menyediakan platform untuk anda yang tiada asas untuk membuat kek di mana kami menyediakan tepung-tepung kek, biskut, kuih-muih, serta dessert bagi memudahkan anda membuat kek, biskut, kuih-muih, dan dessert dengan hasil air tangan sendiri. Ianya 100% buatan Muslim dan dijamin kehalalannya. 

Untuk melihat produk ini, klik --> album produk

Pencarian agen bagi produk ini juga masih di buka. Boleh hubungi kami di inbox DBS.

===============================================================

Promosi ebook harga runtuh dah nak habis. Sesiapa yang masih belum dapatkan ebook ini, cepat-cepat hubungi saya. Penerangan tentang 2 ebook ini boleh dibaca di sini.


Jika berminat untuk pembelian, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: 
nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245


Monday, April 21, 2014

ULASAN KELAS - Shehren Shahadan

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Bersyukur saya kerana sudah ramai rakan-rakan menyertai ADBR. ADBR sentiasa bersiap sedia untuk membantu dari semua segi terutama kepada wanita-wanita yang ingin menambah baik kehidupan sendiri. Tetapi, ADBR tidak hanya membantu kaum hawa semata, kami di ADBR juga membantu warga adam yang perlukan bimbingan dan semangat bagi memajukan ekonomi mereka. 

Saya kongsikan di sini ulasan kelas asas blog dari seorang peserta.


Salam. Alhamdulillah. Apa khabar pembaca semua yang di sayangi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya selalu.

Syukur pada Allah entri kali ini saya di beri peluang oleh Puan Guru saya berkongsi apa yang saya perolehi selama berada di akademi ini.

Nak di ceritakan terlalu banyak, terlalu panjang. Jadi saya meringkaskan sebaik mungkin ye.

Peluang hanya datang sekali. Keinginan mencari sumber alternatif pendapatan tambahan menemukan laman web Puan Masayu pengasas akademi ini. Dari situ saya membaca dan menyusun tindakan untuk langkah saya selanjutnya.

Dari tiada blog dari tiada teknik berniaga sehingga rancak berniaga semua saya dapat apabila menyertai akademi ini. Menarik guru pembimbing begitu komited dengan tugas mereka. Walaupun ianya online tapi saya merasakan hubungan antara kami sangat rapat. Cikgu Zaila sentiasa memperhati tindakan saya serta menegur sekiranya terdapat kesilapan. Yang bestnya kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat. Saling menyokong membantu sesama sendiri. Apabila saya rasa down Cikgu akan menyuntik semangat dan motivasi berterusan untuk saya meneruskan langkah. Terima kasih Cikgu.

Akhir ulasan, melalui akademi ini saya  berharap lebih ramai para suri menyertai akademi ini. Semoga akademi ini dapat menjadi pemangkin untuk para suri bekerja dari rumah, memperoleh pendapatan tanpa mengabaikan keluarga tercinta. Tidak di lupakan juga untuk kaum adam yang ingin turut menyertai akademi ini.

Sekian. Terima kasih
Akademi Bekerja Di Rumah the best.

================================================================


Bagi yang sedang fikir nak berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah. Jangan berhenti dahulu.  Buat bisnes secara sambilan dahulu. Cuba dahulu. Kadang-kadang bila sudah buat baru tahu susah atau senang. Sekurang-kurangnya masih ada pekerjaan untuk pendapatan sebagai sandaran andaikata bisnes tidak berjaya. Jika terus berhenti dan bila bisnes yang kita buat tidak berjaya, kita akan kecewa.  Ketika itu perlu mencari pekerjaan lain pula. Hendak mencari pekerjaan baru tidak semudah dahulu kala. Jadi seeloknya buat secara suka-suka dahulu.

Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. InsyaAllah kami di ABDR akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.  Kalian juga kan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada sepenuh masa atau secara sambilan.


Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: 
nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245

Sunday, April 20, 2014

ULASAN KELAS ASAS BLOG - Nur Shazna Shamsuddin

Teks : Nurul Suhada Basir

Ulasan kelas asas blog Nor Shazna, salah seorang protege Cikgu online Mie Normi

Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.

Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap "tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Sumber: 
http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.html


=================================================================

Selamat datang pelajar baru April
Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory
http://sohodirectory.blogspot.com/


Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: nurulsuhadabasir@gmail.com

SMS/whatsapp: 014 977 5245

Saturday, April 19, 2014

KELAS BORONG TELEKUNG

Teks : Nurul Suhada Basir

Alhamdulillah.
Peluang untuk masuk kelas belajar buat blog borong telekung solat masih terbuka lagi. Belajar untuk mulakan bisnes secara borong.

Dibuka untuk 30 pendaftaran sahaja!
Kelas borong khusus bagi kalian yang mahu belajar menjual borong.
Kelas Borong Telekung Solat
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi bekerja di rumah Cikgu Mie Normi.


Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245

Hanya untuk 30 orang terawal!

Friday, April 18, 2014

KELAS AKAUN OFFLINE

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah.
Saya bersyukur sangat kerana telah mengenali guru-guru dan rakan-rakan sebumbung Akademi Bekerja Di Rumah(ADBR). Kami di ADBR sentiasa ingin membantu anda terutama bagi wanita-wanita yang ingin menjana pendapatan sendiri sekalipun hanya duduk di rumah. Elmu untuk membuat bisnes perlu dicari dan digali. Jangan syok sendiri.


Apabila sudah tahu bisnes apa yang ingin di lakukan bagi menjana pendapatan sendiri, ilmu pengurusan wang adalah sangat penting supaya kita dapat menguruskan kewangan dengan betul. Pihak ADBR akan menganjurkan kelas akaun offline bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk menguruskan kewangan dengan betul.


Kelas akaun secara offline akan diadakan di Shah Alam pada 10 Mei 2014 bertempat di Shah Alam.
Masa: 9pg -5ptg
Lokasi: 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Tempat terhad untuk 50 peserta sahaja.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245


Thursday, April 17, 2014

ISTIQAMAH ITU PENTING

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.


Berapa ramai yang buat sesuatu, sekali buat terus buat banyak-banyak. Lepas itu, keesokan harinya tak buat dah. Lusa pun sama, tidak buat juga. Selepas seminggu, baru buat semula. Macam mana mahu berjaya? Sebenarnya, kata-kata ini ditujukan khas pada penulis sendiri. Haha.

Kalau tengok tarikh last update blog, 4 April. Apa nak jadi dengan kamu Nurul Suhada. Untuk berjaya, ISTIQAMAH ITU SANGAT PENTING. (Sambil jari telunjuk, tunjuk-tunjuk kat kepala sendiri). Sedikit-sedikit tidak mengapa, yang penting istiqamah.

Teringat pesan Habib Ali Zaenal Abidin, mahu lakukan sesuatu perkara seperti solat-solat sunat, atau zikir-zikir harian, tidak perlu mulakan dengan banyak sekali gus. Bimbang nanti, esok harinya terus tak buat langsung kerana merasa susah dan berat. Oleh itu, mulakan dengan sedikit dahulu, yang penting istiqamah lakukannya. Contohnya, hari ini, mulakan selawat kepada Nabi Muhammad selepas solat sebyk 10 kali. Sehinggalah betul-betul istiqamah lakukannya, barulah tambah menjadi 100 kali. Dan begitulah seterusnya.


Ada yang tak tahu ke istiqamah itu apa maksudnya? Istiqamah itu dalam bahasa mudah adalah berterusan. Setiap hari lakukannya. Saya dalam proses untuk berubah. Berubah untuk sentiasa istiqamah dalam segala hal. InsyaAllah. Doakan diri ini sentiasa istiqamah dalam apa jua hal. Allahumma Aamiin. Terima kasih Cikgu Aishah kerana ingatkan diri ini untuk istiqamah.


========================================================================
Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.

1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory
http://sohodirectory.blogspot.com/


Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245


Jika belum bersedia, boleh baca dulu ebook ini.
Kami ada promosi beli 2 ebook untuk 1 harga ebook.
Promosi ini akan berakhir tak lama lagi, cepat bertindak, cepatlah hasilnya.


Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian.
Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.
Harga promosi sekarang, RM50.
Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

PM kami cepat-cepat sebelum PROMOSI ini berakhir.

Friday, April 4, 2014

RAHSIA FATIHAH

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Carian Google

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah Ya Allah, bersyukur aku kehadratMu kerana hari ini masih lagi bernafas di Bumi ini. Alhamdulillah, di atas nikmat yang Kau telah berikan, Ya Allah. Tajuk Tanyalah Ustaz Tv9 pagi ini adalah rahsia fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie. Di sini saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari di program ini.

Apa yang saya dapat simpulkan adalah:
  • Untuk sembuh dari penyakit, baca:
    • Sambil tangan letak kat dada, baca ayat di atasa, dan niat untuk sembuhkan penyakit. Maksud ayat di atas adalah "hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan".
  • Untuk rawatan Islam, wajib ada fatihah.
  • Kita sebagai umat Islam, antara sedar atau tidak, kita telah baca surah al-fatihah sebanyak 17 kali. Kat mana kita baca? Dalam solat-solat wajib setiap hari. Itu belum campur solat sunat. 
  • Ibnu Mas'ud telah bertanya pada Rasulullah, apa yang boleh kita lakukan untuk dapatkan ketenangan, Rasulullah SAW berkata bahawa ada 4 perkara yang akan buat kamu tenang iaitu:
    • Solat => solat adalah antibiotik yang sangat hebat
    • Al-Quran => Bacalah Al-Quran setiap hari
    • Pergi majlis ilmu => Selalulah pergi ke majlis-majlis ilmu, jika terdapat kekangan seperti sakit, sekarang banyak program ilmu di televisyen dan di internet. Tetapi jika masih lagi mempunyai tubuh badan yang sihat, pergilah ke majlis-majlis ilmu. Jangan bagi alasan tiada masa, kerana jika anda tiada masa untuk ke majlis ilmu, anda jangan pelik jika Allah tiada masa dengan anda.
    • Cari sesuatu masa pada pertengahan malam, sujudlah kepada Allah dan ini dipanggil tahajud. *Jika anda tidak buat pun salah satu di atas, jangan nak marah sesiapa jika anda tidak berasa tenang dan tidak memperoleh ketenangan.
  • Kemenangan kita adalah apabila kita dapat solat yang khusyuk
  • Rasulullah pernah merawat cucunya, Hasan Bin Ali yang demam dengan cara:
    • Baca al-fatihah 40 kali, tiup dalam air, dan sapu di tempat sakit (dahi yang panas) dan kata Ulama', air itu juga elok untuk diminum
    • Tetapi haram diminum jika percaya bahawa air itu yang menyembuhkannya. Kerana yang Maha Penyembuh adalah Allah SWT

Esok ada sambungan lagi dan kepada yang tidak sempat mengikuti pagi tadi, esok bolehlah menonton sambungannya pada jam 7.00 pagi di TV9. Mari banyakkan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini. Apa yang baik datang dari Allah, dan yang tidak baik daripada kekhilafan saya yang lemah ini.

Wallahu'alam.