Thursday, April 24, 2014

INFO UNTUK BAKERS : Mengenali Jenis-jenis Tepung

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.



Salah satu bahan yang utama untuk penghasilan kek adalah tepung. Tepung ini ada banyak jenis dan berbeza kegunaannya. Bagi yang baru terjun ke bidang bakeri ni, mesti agak pening. Masuk je kedai barang bakeri, nampak banyak jenis tepung. Ada tepung gandum, tepung red rose, tepung naik sendiri, tepung serbaguna, tepung jagung, tepung beras, tepung berprotien tinggi, tepung berprotien rendah, tepung hongkong, dan macam-macam lagilah. Ha, amek kau. Ada yang kenal tepung gandum aje. Haha. Ok la tu, kenal juga. Jangan gula icing dikatakan tepung sudah. Kata cikgu saya, tepung asas biasanya adalah tepung gandum dan tepung jagung. Tepung-tepung yang lain itu adalah hasil campuran beberapa tepung dan bahan bakeri lain. Jom kita mengenal jenis tepung.

1.  Tepung Serbaguna
Tepung serbaguna adalah tepung yang sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis masakan. Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau. Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan tepung ini kerana mudah untuk didapati dan juga boleh guna untuk apa jua jenis masakan. Tepung gandum berfungsi seperti tepung serbaguna.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek, biskut dan masakan lain

2.  Tepung Berprotein Tinggi
Tepung ini kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Tepung berprotein tinggi digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

3.  Tepung Berprotein Rendah
Tepung ini dikenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

4.  Tepung Naik Sendiri
Boleh juga dipanggil tepung berserbuk penaik di mana tepung ini mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat. Tidak perlu lagi menambah serbuk penaik jika menggunakan tepung ini. Tepung ini banyak dijual di pasaraya. Jika tiada atau tidak jumpa, ayak 250g tepung gandum dengan 1 sudu besar serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek

5.  Tepung Red Rose
Juga dikenali sebagai tepung biskut. Kandungan tepung ini telah dicampur tepung jagung dan bahan perangup tetapi anda tidak perlu mengurangkan sukatan tepung jagung jika dalam resepinya menggunakan tepung jagung dalam kuantiti yang sedikit. Biskut yang diperbuat dari tepung ini lebih sedap dan rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut

6.   Tepung Hongkong
Ada sesetengahnya memanggil tepung hongkong sebagai Water Lily Flour. Tepung ini sangat putih dan lebih halus, seringkali digunakan untuk membuat pau dan kek lapis kerana menjadikan teksturnya lebih lembut. Sebilangan kecil kedai bakeri tidak bekalkan tepung ini kerana ia mudah rosak. Sebagai ganti, tepung pau boleh digunakan untuk membuat pau. Tepung hongkong ini semakin popular kerana penggunaannya dalam pembuatan kek snowcheese.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

7.     Tepung Hoen Kwee
Sesetengah orang menggunakan tepung ini untuk membuat kuih-muih. Namun, di pasaran, pembungkus tepung Hoen Kwee mempunyai pelbagai jenis warna. Contohnya, plastik oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda. Tepung jenis ini di perbuat dari kacang. 
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding

8.  Tepung Superfine (Soft Flour)
Tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tiada bahan penaik di dalamnya. Tepung iniboleh dikategori di dalam tepung low protien

9.  Tepung Pulut
Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli di mana beras merah ini bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru.

10.Tepung Jagung
Tepung jagung fungsinya adalah memekatkan masakan. Selain itu, kita boleh menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut  rangup. Kita juga boleh menambahkan tepung jagung ke dalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai

11.  Lain-lain jenis tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Kentang, Tepung Sagu, Tepung Susu (krimer).  Kesemua jenis tepung ini biasanya digunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

      ***************************************************************************

Kami di Da Bakers Station (DBS) menyediakan platform untuk anda yang tiada asas untuk membuat kek di mana kami menyediakan tepung-tepung kek, biskut, kuih-muih, serta dessert bagi memudahkan anda membuat kek, biskut, kuih-muih, dan dessert dengan hasil air tangan sendiri. Ianya 100% buatan Muslim dan dijamin kehalalannya. 

Untuk melihat produk ini, klik --> album produk

Pencarian agen bagi produk ini juga masih di buka. Boleh hubungi kami di inbox DBS.

===============================================================

Promosi ebook harga runtuh dah nak habis. Sesiapa yang masih belum dapatkan ebook ini, cepat-cepat hubungi saya. Penerangan tentang 2 ebook ini boleh dibaca di sini.


Jika berminat untuk pembelian, boleh hubungi saya
Nurul Suhada Basir
Emel: 
nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245


No comments:

Post a Comment