Monday, March 31, 2014

SIAPA MENTOR ANDA?

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.

Persoalan pertama. Siapa mentor anda? 

Bertanya pada diri sendiri siapakah mentor yang ingin kita ikut dan contohi supaya jadi seperti mereka. Setelah menonton program Rasul Yang Kata pagi isnin lepas, di mana tajuknya adalah Rasulullah SAW Sebagai Mentor Kita, kadang-kadang terasa terpukul kerana mentor-mentor yang ingin dicontohi adalah bersifat duniawi. Ustaz yang menyampaikannya menekankan bahawa Rasulullah SAW adalah orang pertama yang sepatutnya kita jadikan sebagai MENTOR kita. 

Bagaimana kita hendak jadikan Rasulullah SAW sebagai mentor? Kaedah-kaedahnya adalah: 
  • Kita kena kenal dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, belajarlah mengenal Baginda. Belajarlah mencintai Baginda. Contohi cara Baginda melayan isteri dan sahabat-sahabat Baginda. Belajar sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.
  • Rasulullah SAW telah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, hiduplah dengan berpandukan dengan Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak sesat.
  • Sentiasa membaca sirah Nabi Muhammad SAW, dan contohi cara Rasulullah menyelesaikan masalah.


Selepas Rasulullah, barulah kita boleh cari mentor lain. Jika ingin berniaga, anda boleh lihat di sini untuk pilih mentor dalam bidang perniagaan. Jika ingin berjaya dalam bidang jurutera, pilihlah jurutera yang berjaya untuk dijadikan mentor. Begitu juga dalam bidang bakeri, pilihlah orang yang dah berjaya dalam bidang bakeri sebagai mentor. Pilihlah mentor yang dah terbukti berjaya dalam bidang mereka, barulah sesuai untuk dijadikan mentor. Cita-cita saya ingin berjaya dalam bidang bakeri, dan saya juga ada mentor dalam bidang ini. Alhamdulillah, Puan Siti Hajar adalah mentor saya dalam bidang bakeri ini, telah terbukti berjaya dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana beliau sedia membantu anak didiknya pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur, saya ditemukan dengan Dr Azizan Osman (DAO) oleh ibu saya. Ibu saya mengajak saya pergi ke program DAO di MIECC, The Mines awal tahun lalu. Program yang saya hadiri adalah Advanced Marketing Power yang dianjurkan oleh Richworks. Dalam terkapai-kapai nak mulakan bisnes, tak tahu nak mula dari mana, ilmu bisnes yang sesungguhnya memang kosong, dan program ini sangat-sangat membantu saya untuk mulakan perniagaan saya. That was my first turning point. Di dalam program ini juga saya kenal dengan Puan Siti Hajar. Dengan Puan Siti Hajar, saya belajar selok belok untuk berniaga di bidang bakeri.

Belajar selok belok berniaga sahaja tidak mencukupi buat saya. Ini kerana saya adalah surirumah sepenuh masa sebelum ini. Jadi, saya perlu bijak mengurus masa bagi keluarga dan bisnes. Mempunyai dua orang anak yang tengah membesar, perlu diberi perhatian penuh pada mereka. Saya juga perlukan mentor atau guru bagi mengajar saya untuk menguruskan masa dengan sempurna. Setelah mencari di internet, Allah pertemukan saya dengan guru online Puan Aishah Hussien. Yang mana cikgu Aishah adalah seorang wanita bekerja dari rumah (Work At Home Moms - WAHM). Cikgu Aishah juga memberi peluang untuk saya menjadi rakan niaga akademi bekerja di rumah. Banyak faedah yang saya perolehi setelah menjadi rakan niaga akademi ini. Di antara faedah yang saya dapat adalah seperti gambar di bawah. Akademi ini ditubuhkan bagi membantu surirumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan hanya duduk di rumah sahaja. Rakan niaga masih lagi terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk sertai. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pakej Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Berbalik pada rancangan tadi, ada seorang kanak-kanak bertanya pada ustaz, 'Kenapa ramai jadikan artis sebagai mentor?'. Ustaz menjawab, hal ini kerana mereka tidak kenal Rasulullah SAW. Rasulullah adalah HERO kita. Rasulullah SAW akan membantu kita memberi syafaat di akhirat kelak. MasyaAllah, sangat rugi sesiapa yang tidak menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan idolanya. 

Bolehkah kita menjadi mentor? Siapa yang teringin menjadi mentor kepada orang lain? Tentu kita bangga dan suka ada orang jadikan kita sebagai mentor. Jangan pula apabila sudah menjadi mentor pada orang lain, diri jadi riak dan bongkak. Niat menjadi mentor kepada orang lain adalah kerana Allah. Ikhlas untuk membantu orang lain. Oleh itu, untuk menjadi mentor, kita mestilah:
  • Niat untuk bantu orang lain, ikhlas kerana Allah SWT.
  • Seorang yang dahagakan ilmu. Sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
  • Tawaduk iaitu rendah diri.
Wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment