Monday, March 31, 2014

SIAPA MENTOR ANDA?

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.

Persoalan pertama. Siapa mentor anda? 

Bertanya pada diri sendiri siapakah mentor yang ingin kita ikut dan contohi supaya jadi seperti mereka. Setelah menonton program Rasul Yang Kata pagi isnin lepas, di mana tajuknya adalah Rasulullah SAW Sebagai Mentor Kita, kadang-kadang terasa terpukul kerana mentor-mentor yang ingin dicontohi adalah bersifat duniawi. Ustaz yang menyampaikannya menekankan bahawa Rasulullah SAW adalah orang pertama yang sepatutnya kita jadikan sebagai MENTOR kita. 

Bagaimana kita hendak jadikan Rasulullah SAW sebagai mentor? Kaedah-kaedahnya adalah: 
  • Kita kena kenal dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, belajarlah mengenal Baginda. Belajarlah mencintai Baginda. Contohi cara Baginda melayan isteri dan sahabat-sahabat Baginda. Belajar sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.
  • Rasulullah SAW telah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, hiduplah dengan berpandukan dengan Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak sesat.
  • Sentiasa membaca sirah Nabi Muhammad SAW, dan contohi cara Rasulullah menyelesaikan masalah.


Selepas Rasulullah, barulah kita boleh cari mentor lain. Jika ingin berniaga, anda boleh lihat di sini untuk pilih mentor dalam bidang perniagaan. Jika ingin berjaya dalam bidang jurutera, pilihlah jurutera yang berjaya untuk dijadikan mentor. Begitu juga dalam bidang bakeri, pilihlah orang yang dah berjaya dalam bidang bakeri sebagai mentor. Pilihlah mentor yang dah terbukti berjaya dalam bidang mereka, barulah sesuai untuk dijadikan mentor. Cita-cita saya ingin berjaya dalam bidang bakeri, dan saya juga ada mentor dalam bidang ini. Alhamdulillah, Puan Siti Hajar adalah mentor saya dalam bidang bakeri ini, telah terbukti berjaya dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana beliau sedia membantu anak didiknya pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur, saya ditemukan dengan Dr Azizan Osman (DAO) oleh ibu saya. Ibu saya mengajak saya pergi ke program DAO di MIECC, The Mines awal tahun lalu. Program yang saya hadiri adalah Advanced Marketing Power yang dianjurkan oleh Richworks. Dalam terkapai-kapai nak mulakan bisnes, tak tahu nak mula dari mana, ilmu bisnes yang sesungguhnya memang kosong, dan program ini sangat-sangat membantu saya untuk mulakan perniagaan saya. That was my first turning point. Di dalam program ini juga saya kenal dengan Puan Siti Hajar. Dengan Puan Siti Hajar, saya belajar selok belok untuk berniaga di bidang bakeri.

Belajar selok belok berniaga sahaja tidak mencukupi buat saya. Ini kerana saya adalah surirumah sepenuh masa sebelum ini. Jadi, saya perlu bijak mengurus masa bagi keluarga dan bisnes. Mempunyai dua orang anak yang tengah membesar, perlu diberi perhatian penuh pada mereka. Saya juga perlukan mentor atau guru bagi mengajar saya untuk menguruskan masa dengan sempurna. Setelah mencari di internet, Allah pertemukan saya dengan guru online Puan Aishah Hussien. Yang mana cikgu Aishah adalah seorang wanita bekerja dari rumah (Work At Home Moms - WAHM). Cikgu Aishah juga memberi peluang untuk saya menjadi rakan niaga akademi bekerja di rumah. Banyak faedah yang saya perolehi setelah menjadi rakan niaga akademi ini. Di antara faedah yang saya dapat adalah seperti gambar di bawah. Akademi ini ditubuhkan bagi membantu surirumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan hanya duduk di rumah sahaja. Rakan niaga masih lagi terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk sertai. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pakej Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Berbalik pada rancangan tadi, ada seorang kanak-kanak bertanya pada ustaz, 'Kenapa ramai jadikan artis sebagai mentor?'. Ustaz menjawab, hal ini kerana mereka tidak kenal Rasulullah SAW. Rasulullah adalah HERO kita. Rasulullah SAW akan membantu kita memberi syafaat di akhirat kelak. MasyaAllah, sangat rugi sesiapa yang tidak menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan idolanya. 

Bolehkah kita menjadi mentor? Siapa yang teringin menjadi mentor kepada orang lain? Tentu kita bangga dan suka ada orang jadikan kita sebagai mentor. Jangan pula apabila sudah menjadi mentor pada orang lain, diri jadi riak dan bongkak. Niat menjadi mentor kepada orang lain adalah kerana Allah. Ikhlas untuk membantu orang lain. Oleh itu, untuk menjadi mentor, kita mestilah:
  • Niat untuk bantu orang lain, ikhlas kerana Allah SWT.
  • Seorang yang dahagakan ilmu. Sentiasa belajar dan mencari ilmu untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
  • Tawaduk iaitu rendah diri.
Wallahu'alam.



Saturday, March 22, 2014

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.


Salah satu kunci supaya kita diberi kemudahan dalam mencari rezeki adalah dengan cara mensyukuri rezeki yang sedia ada. Sekecil apa pun rezeki yg kita dapat, kita tetap harus mensyukurinya. 
4 langkah mudah bersyukur :-
  • Menerima rezeki yg sedia ada(betapa sedikit jumlanya) dgn hati yg ikhlas
  • Tetap bertawakal (berserah diri) kpd Allah
  • Memanfaatkan rezeki yg ada di jalan kebaikan (sesuai dgn ketentuan Allah)
  • Terus melakukan ikhtiar dgn mengerahkan segenap kemampuan terbaik kita

Dengan itu, insyaAllah pintu rezeki akan sentiasa terbuka dan datang dgn mudah dlm hidup kita.
Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang telah Allah berikan padaku.
Alhamdulillah kerana pertemukan aku dengan mentor dan sifu yang dah terbukti berjaya dalam bidang mereka.
Alhamdulillah kerana mereka sentiasa mengajar dan membantu aku untuk terus berjaya.
Alhamdulillah kerana pertemukan aku dengan rakan-rakan yang sentiasa bersemangat dan positif.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
* Terima kasih gm Hz Cookies n kak Siti Hajar kerana sentiasa membantu untuk menuju kejayaan dalam bidang bakeri ini
* Terima kasih cikgu Aishah Hussien kerana sentiasa membantu dalam penulisan blog dan pengurusan rumahtangga supaya menjadi wahm yang berjaya
* Jom sesiapa nak join dalam keluarga besar kami. Boleh hubungi saya, saya akan bantu anda untuk sama-sama menuju kejayaan. InsyaAllah.

Hubungi saya melalui:
Email : nurulsuhadabasir@gmail.com

Sms / whatsapp : 014 977 5245

Friday, March 21, 2014

EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM



Bab 1 Apa Itu Wahm, Sahm, Soho

Bab 2 Mengambil Keputusan Bekerja Dari Rumah
      Bab 2.1 Sudah Tidak Ada Hati Bekerja
      Bab 2.2 Persediaan Asas
      Bab 2.3 Langkah Bijak Aida Fadzlin Sebelum Berhenti Kerja
      Bab 2.4 Puan M Berkongsi Dilema

Bab 3 Kisah Inspirasi Wahm, Soho
      Bab 3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
      Bab 3.2 Fauziah Ahmad
      Bab 3.3 Farah Hafizah
      Bab 3.4 Norazizah Ruslan - Business & health advisor
      Bab 3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
      Bab 3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
      Bab 3.7 Durra Mohamed Jamri
      Bab 3.8 Hani Arziana - SoHoIBU
      Bab 3.9 Noor Hidawati
      Bab 3.10 Harlinda Halim - Malaysian Work-At-Home-Mom 
      Bab 3.11 Nadzura Sabry

Bab 4 Cabaran Bekerja Dari Rumah dan Solusi
      Bab 4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
      Bab 4.2 Urus stress dengan super gembira
      Bab 4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
      Bab 4.4 Norhafizah Madzlan - Cabaran mengurus enam anak
      Bab 4.5 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
      Bab 4.6 Norain Kanafi

Bab 5 Tips sukses Urus Masa
      Bab 5.1 Pengurusan masa untuk wanita
      Bab 5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
      Bab 5.3 Urus masa keluarga
      Bab 5.4 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 Tips Urus Tenaga Super Mama
      Bab 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stress!
      Bab 6.2 Fokus kepada matlamat
      Bab 6.3 Rawat dan rehat

Bab 7 Tips Urus Rumahtangga
      Bab 7.1 Mengawal semangat yang teruk
      Bab 7.2 Perlukah pembantu rumah?
      Bab 7.3 Cari kelainan untuk segarkan badan
      Bab 7.4 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8 Tips Motivasi Sururumah Terhebat
      Bab 8.1 Setiap orang ada satu kisah
      Bab 8.2 Bekerja dengan jiwa
      Bab 8.3 Mengekalkan momentum motivasi
      Bab 8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Apa yang menarik dalam ebook ini?

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah
Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."
-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangundahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi
Baca naskah ini dulu, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah
ebook super wahm super mom


Harga = RM25
Berminat??

Hubungi saya melalui:

Email : nurulsuhadabasir@gmail.com
Sms / whatsapp / wechat : 014 977 5245


Facebook : Nurul Suhada Basir

Thursday, March 20, 2014

JUTAWAN AKHIRAT

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan google

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.


Jumaat lepas, 15 Mac 2014, saya telah menonton rancangan Positif Pagi pada jam 9.30 pagi. Tajuk Positif Pagi pada hari itu adalah Jutawan Akhirat yang telah di sampaikan oleh Doktor Azizan Osman (DAO). Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang saya telah belajar dalam program ini.

Semua yang hidup, pasti akan mati. Cuma, sejauh mana seseorang itu bersedia untuk membawa bekalan ke alam sana. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi mati, dan hidup kembali di alam sana nanti? Jika belum, bila lagi anda mahu bersedia? Mari kita mula dari sekarang untuk mengumpul dana supaya kita menjadi jutawan di akhirat nanti. InsyaAllah.

Kebanyakan manusia ini yang beragama Islam sudah tahu 3 perkara yang akan menjadi dana untuk kita bawa ke akhirat nanti. 3 perkara atau dana yang kita boleh jadikan kita kaya di akhirat nanti adalah:

  • Sedekah Jariah
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Anak yang soleh
Sudahkan anda bersedekah hari ni? Seboleh mungkin, tiap-tiap hari, cari tempat untuk kita bersedekah. Jika kita bekerja di rumah, kita tentu tidak akan jumpa orang yang kita boleh bersedekah, tapi di dunia hari ini, di rumah pun kita boleh bersedekah. Bagaimana? Kita hanya perlu cari tempat-tempat yang memerlukan dana seperti rumah anak-anak yatim, tahfiz, dan rumah kebajikan di internet. Kemudian, kita hanya pindahkan wang kita dengan menggunakan perbankan internet (Maybank2u, CimbClicks) kepada akaun mereka. Jika tak mampu sedekah banyak, sehari rm1.00 pun sudah cukup. Janji ia dijadikan amalan kita (Saya pun masih berusaha ke arah ini). Percayalah, anda akan nampak kekuatan bersedekah (Power of Contribution). Jika itu pun tidak mampu, kita ada cara lain, kita boleh sedekah ilmu-ilmu yang kita ada, baju-baju terpakai yang masih cantik, sedekah dari segi perkhidmatan dan banyak lagi cara lain untuk bersedekah. Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, sedekah yang paling bernilai adalah apabila kita sedekah barang yang paling kita sayang. Contoh, baju yang paling kita sayang, kita sedekahkan kepada orang lain. Itu adalah sedekah yang paling bernilai. InsyaAllah. Pada hari Jumaat, kita sedekah lebih sedikit daripada biasa. Jika orang meminta, kita memberi. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan perolehi. Sedekahlah dan kalau boleh, sedekah yang apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini, sedekah itu sentiasa menjadi dana kita di sana. Contohnya, sedekah untuk bina masjid. Selagi orang menggunakan masjid tersebut, selagi itulah pahalanya kita dapat. Ianya menjadi 'passive income' untuk kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Selain pada sedekah, pahala yang akan bantu kita di sana nanti adalah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Bagi sesiapa yang menjadi guru, pensyarah, dan tenaga pengajar, itu menjadi satu kelebihan pada mereka di mana selagi ilmu yang mereka beri itu memberi manfaat kepada anak murid mereka, dan anak murid mereka menggunakan ilmu itu, maka pahalanya akan sentiasa berjalan. Habis, kita yang bekerja dekat rumah tak dapatlah pahala ni? Kita juga boleh memperolehinya. Bagaimana? Inilah yang saya sedang lakukan. Tulis blog, selagi blog yang saya tulis boleh memberi manfaat kepada pembaca, dan pembaca mengaplikasi apa yang saya tulis, insyaAllah, pahalanya saya akan dapat. Ini sebagai contoh sahaja ye. 

Yang terakhir, pendapatan pasif yang kita boleh bawa adalah anak yang soleh dan solehah. Yang ini satu kelebihan bagi sesiapa yang bekerja di rumah (seperti saya) yang mana anak-anak membesar depan mata dan sentiasa berada dengan kita. 

Orang yang berjaya dan berfikir, dia akan guna apa yang dia ada untuk kumpul aset ke akhirat nanti. Bagaimana kita nak gunakan dunia kita untuk kita tebus di akhirat nanti. Kuncinya:
  • Syukur - Orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa berada dalam redha Allah
  • Sujud - Sentiasa sujud, jangan tinggal solat yang wajib dan banyakkan yang sunat.
  • Sedekah - Perbanyakkan sedekah
  • Salam - Sentiasa hulurkan silaturrahim dengan orang lain
  • Seronok - Berasa seronok apabila melakukan kebaikan
Impian saya menjadi jutawan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kita mati dalam khusnul khotimah. Aamiinn Allahumma Aamiin.

Wallahu'alam.



Wednesday, March 19, 2014

DEMAM CAMPAK

Teks : Nurul Suhada
Foto : Koleksi sendiri

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bercerita mengenai demam campak. Hari rabu malam yang lepas, adik Aisya demam. Memang pantau la suhu dia, sebab ada sekali tu, cek suhu naik sampai 38.8oC . Apa yang saya buat semasa Aisya demam, atau kakaknya demam adalah pantau suhu diorang dan keep sponging, maksudnya, sentiasa basahkan badan diorang. Kemudian, masak sup ayam yang berasaskan tulang-tulang ayam, banyakkan bawang putih dan halia dalam sup tu, bagi diorang makan. Selain sup ayam, saya selalu buat ayam masak halia. Yang ini pun saya isi bawang putih dan halia banyak-banyak. Pakaikan diorang 'garlic socks' dan sapu minyak bawang putih di tapak kaki. Kalau ada batuk dan selsema, saya sapukan 'jerslin oil' pada ubun-ubun, belakang dan depan dada, dan juga atas hidung sikit. Seboleh mungkin, saya akan elak ubat-ubatan seperti antibiotik dan paracetamol (pcm). Saya tetap bersedia dengan pcm. Pcm perlu diberi jika suhu mereka melebihi 38.5oC. Tetapi Aisya hanya sekali dua sahaja suhunya mencecah sehingga 38.8oC. 

Demam Aisya kebah selepas 3 hari. Tapi, selepas kebah demam, naik pulak bintik-bintik merah dan saya serta suami syak kena campak. Saya bertanya pada sahabat-sahabat yang berpengalaman mengenai demam campak, dan daripada penerangan mereka, memang sah Aisya kena demam campak. Selain pada itu, saya mencari maklumat mengenai campak menggunakan google dan di dalam kumpulan facebook yang saya sertai iaitu Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia. Saya sangat berterima kasih pada admin grup tersebut kerana sangat berusaha membantu ibubapa untuk menyelesaikan masalah yang saya dan ibubapa lain hadapi. 




Apa yang saya lakukan apabila Aisya kena campak:

  • Kerapkan beri susu ibu
  • Aisya dah nak masuk 9 bulan, dah makan makanan pejal, oleh itu, saya beri lebih air masak, air barli, dua sudu air kelapa. 
  • Sapu minyak kelapa dara, saya juga beri Aisya 1 sudu kecil minyak kelapa dara. (Beri minyak kelapa dara yang boleh dimakan ye)
  • Elakkan Aisya dari berpeluh, Alhamdulillah, cuaca sejuk semasa Aisya kena campak, jadi dia kurang berpeluh.
Hari Isnin, saya bawa Aisya ke klinik setelah sehari bintik-bintik merah tak reda. Doktor bagi pcm dan calamine lotion. Disebabkan Aisya dah tak demam, saya tidak beri pcm. Saya hanya sapu calamine lotion sahaja setiap kali lepas mandi. Alhamdulillah, hari selasa, bintik merah Aisya sudah kurang dan hari ini sembuh sepenuhnya. Syukur Ya Allah. 



*Kalau ada yang nak tahu mengenai 'garlic socks' dan minyak bawang putih, boleh komen di bawah dan saya akan buat entri mengenainya.

Saturday, March 15, 2014

EBOOK 101 IDEA HOME-BASED BISNES



Bab 1 101 Idea Home Based Bisnes

Bab 2 Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3 Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4 Strategi Pemasaran Online

Bab 5 Strategi Pemasaran Offline

Bab 6 Operasi Dari Rumah

Bab 7 Khidmat Pelanggan Online

Bab 8 Produk Digital Vs Produk Fizikal

Bab 9 Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10 Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11 Pengalaman Usahawan Sukses


Harga => RM50
Berminat??

Hubungi saya melalui:

Email : nurulsuhadabasir@gmail.com
Sms / whatsapp / wechat : 014 977 5245
Facebook : Nurul Suhada Basir


KEK BLACK VELVET

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Carian google


Alhamdulillah, malam tadi ada kesempatan untuk buat kek black velvet atau dipanggil kek baldu hitam. Mungkin ramai yang belum mengenali kek ini. Cara nak buat kek ini lebih kurang sama sahaja untuk buat kek red velvet. Tapi saya gunakan tepung segera atau tepung premix. Sangat mudah. Gambar kek di atas adalah dari hasil carian google. Saya buat dalam bekas kecil-kecil untuk di jual di Program 'Brainy Bunch Annual Sports Day'. Program ini diadakan di Dewan Sri Sarjana UNITEN Bangi. Di sini, saya sertakan sekali resipi bagi kek ini, tapi resipi yang menggunakan premis la ye.


RESEPI KEK BLACK VELVET


Kek:-
1 Pek Tepung Kek (450 g)
4 Biji Telur
1 cawan yogurt
1 cawan minyak 
Cara Memasak:
Pukul telur sehingga kembang. Masukkan yogurt dan minyak sayuran. Kacau sebati.
Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Bakar pada suhu 180 c selama 50 minit atau kukus sehingga masak.


Topping kek (Cara 1):
70 g gula aising 
150 g krim keju
70 g butter
1 sudu kecil cuka
Cara Membuat:
Pukul semua bahan sehingga sebati dan kembang

Sapukan di atas kek untuk lapisan berlapis krim keju dan sapukan pada keseluruhan kek
Hiaskan kek mengikut citarasa anda

Topping kek (Cara 2):
250 g krim keju 
120 ml susu pekat
50ml susu cair / whipping crea


1 sudu kecil cuka

Cara Membuat:
Pukul semua bahan sehingga sebati dan kembang
Sapukan di atas kek untuk lapisan berlapis krim keju dan sapukan pada keseluruhan kek
Hiaskan kek mengikut citarasa anda


Bagi topping, saya guna cara yang kedua. Topping untuk cara ke2 adalah bagi membuat topping yang leleh-leleh. Hehe. Bergantung kepada anda nak guna cara mana. Di bawah saya tepek gambar kek yang saya buat malam tadi.


Sangat senang apabila kita guna tepung segera, dapat jimatkan masa. Memang sangat-sangat jimatkan masa.