Monday, October 13, 2014

HILANGNYA TITLE WAHM

Teks: Nurul Suhada Basir


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah setahun lima bulan menjadi WAHM, pada rabu lepas, iaitu 9 Oktober 2014, secara rasminya kita dah bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Sebenarnya, tak terfikir untuk kembali bekerja sebagai seorang pendidik sebab fikirkan anak-anak di rumah. Mungkin dah rezeki untuk kembali menjadi seorang pendidik. Setelah mula jalankan perniagaan dari rumah, Januari lalu, kita sudah berhenti mencari peluang bekerja di luar.

Nak dijadikan cerita, pada Ramadhan yang lepas, rakan lama ketika belajar di UKM dulu, Ina, hubungi kita nak tempah cheese tart. Rupa-rupanya dia bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Pada bulan Ogos, dia tawarkan untuk bekerja sebagai pembantu pengajar di sini kerana dia nak berhenti kerja dan pulang ke kampung. Kampungnya di Kedah. Dia nak cari kerja kat sana pulak, katanya. Kebetulan, dia tahu yang kita tak bekerja, dan suami kita pun kerja di dalam kawasan UPM, dia pun tawarkan kat kita. Lepas tanya suami, dia pun suruh kita mohon. Kita pun mohon, dua lepas permohonan, terus dapat panggilan untuk temuduga esoknya. Kelam kabut buat persediaan untuk temuduga. Hanya berserah pada Dia. Selepas temuduga, mereka cakap, jika dapat, mereka akan hubungi semula dan kemungkinan kemasukan pada bulan September.

Tunggu punya tunggu, hujung bulan Ogos kalau tak silap, Ina suruh email resume pada kak Liza, pembantu ketua jabatan di sini. Masuk bulan September, senyap tanpa berita. Kita ingat tak dapatlah. Buka balik email, saja check semula resume sebab dah lama tak cari kerja, email pun tak update sangat. Tengok-tengok balik, rupanya salah bagi nombor telefon. Lepas tu, kita email semula. Takde respon sampai rabu lepas. Rabu lepas tu pun, Ina yang telefon, tanya kita nak jadi tak pembantu pengajar kat sini. Kita cakap la, nak. Dia cakap, orang UPM call tak dapat. Rupanya diorang tak dapat resume baru yang kita dah update tu.

Petang tu jugak telefon UPM, dan diorang mintak datang ambil surat lapor diri. Petang tu pergi ambil surat lapor diri, cari taska untuk anak-anak. Alhamdulillah, taska blok sebelah rumah terima anak-anak. Kebetulan, seorang dari anak jagaan dia nak pindah bulan depan. Kesian kakak Sumayyah dan adik Aisyah. Tiba-tiba kena hantar pergi taska. Pagi tadi, adik masih lagi menangis bila hantar. Nak pulak dia masih susu badan. Buat masa ni, kita bekalkan dengan susu segar untuk adik. Hujung minggu lepas, dah bagi dia minum, dia pun okey. Lepas ni, mama akan usaha pam susu untuk bekalkan kat adik. Diorang pun terkejut lagi dengan suasana baru. Semoga diorang dapat sesuaikan diri di tempat baru. Aamiin.

1 comment: