Friday, September 26, 2014

TIPS DARI MAMA : Blog Sebagai Tempat Simpan Maklumat dan Gambar

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Setelah melalui pengalaman hardisk rosak, dan semua maklumat penting dan gambar-gambar kenangan hilang begitu sahaja, saya dapat idea untuk simpan maklumat ini di blog supaya tiada lagi kesedihan di kemudian hari. Sudah tentu tidak semua gambar boleh di muatkan di dalam blog, tetapi sekurang-kurangnya kita ada sekeping dua gambar kenangan untuk ditatap. Sebelum ini, saya hanya menganggap bahawa semua maklumat yang tersimpan di hardisk di bahagian 'Drive D' adalah selamat kerana jika kita format laptop sekalipun, ianya tidak akan ganggu kawasan terbabit. Ternyata ianya masih tidak selamat. Banyak gambar dan maklumat penting hilang setelah rosaknya hardisk terbabit. *sedih*

Hari ni saya nak simpan sedikit gambar kenangan sempena sambutan majlis perkahwinan sepupu saya pada 19 dan 20 september yang lepas. Selamat pengantin baru diucapkan pada ikhwan dan atiqah. Semoga diberkati Ilahi. 








Banyak sangat-sangat gambar lagi, tapi tak sesuai untuk diletakkan di sini. Selepas ini, nak kaji mengenai dropbox pulak. Kakak cakap, lebih baik simpan maklumat di dropbox. Tapi saya tak pernah cuba untuk guna lagi. Kalau sesuai, nanti kita cerita mengenai dropbox pulak, ok. Salam semua. Semoga bermanfaat. 







2 comments:

  1. saya simpan di blog untuk ingatan pada hari-hari istimewa. Atau untuk mengenang orang yang sudah tiada.

    Tapi untuk dokumen, lebih baik simpan di dropbox

    ReplyDelete
  2. Itu lah. Ramai jugak suggest guna dropbox. Tapi tak pandai guna lagi. Thanx kak monalita. ;)

    ReplyDelete