Foto : Koleksi Peribadi
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.
Selamat pagi semua. Hari ni kita nak kongsi resepi gulai rebung masak lemak dengan udang galah. Lauk ni sebenarnya lauk khamis yang lepas. Baru sempat update resepi hari ni. Alhamdulillah.
Bahan-bahan;
300 gm rebung (kita guna rebung madu) – dipotong bulat
1 ½ cawan air
3 ekor udang galah
2 batang serai (diketuk)
7-8 cili api (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit garam
1 keping asam keping
1 biji kelapa yang dah diparut
(kita perah santan 2 kali. 1 ½ cawan santan pekat. 2 ½ cawan santan cair)
Cara-cara;
1.
Rebus rebung bersama air dalam 5 minit. Tutup
api, angkat, dan toskan. Buang air rebusan
2.
Masukkan bahan ditumbuk, serai, rebung, asam keping
dan santan cair. Biarkan sampai mendidih.
3.
Masukkan udang. Kacau.
Setelah udang hampir masak, masukkan garam, dan
seterusnya santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.
Gambar kat bawah semua menu yang ada pada hari tersebut. Sambal tu kita panggil sambal tomato. Sedap dan ianya adalah salah satu kegemaran saya. Kalau ada sambal tomato, makan pasti bertambah. Tak kisah ada lauk apa pun. Hehe. Sebenarnya, tiap kali buat sambal tu, mesti teringat arwah abah. Sebab dia suka suruh kita buat sambal tomato ni, dan sambal ni pun arwah yang ajarkan cara-caranya.
Menu pada hari khamis yang lepas. Biasanya kita masak banyak sikit terus sekali makan malam.
Gambar dekat sambal tomato. Sambal ni ada letak belacan sikit. Itu yang mengancam. Hehe.
omak ai...gecur air liur ni.
ReplyDeleteresepi husband sebenarnye kak. hehe
ReplyDelete