Foto : Carian Google
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Ya Allah, bersyukur aku kehadratMu kerana hari ini masih lagi bernafas di Bumi ini. Alhamdulillah, di atas nikmat yang Kau telah berikan, Ya Allah. Tajuk Tanyalah Ustaz Tv9 pagi ini adalah rahsia fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie. Di sini saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari di program ini.
Apa yang saya dapat simpulkan adalah:
- Untuk sembuh dari penyakit, baca:
- Sambil tangan letak kat dada, baca ayat di atasa, dan niat untuk sembuhkan penyakit. Maksud ayat di atas adalah "hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan".
- Untuk rawatan Islam, wajib ada fatihah.
- Kita sebagai umat Islam, antara sedar atau tidak, kita telah baca surah al-fatihah sebanyak 17 kali. Kat mana kita baca? Dalam solat-solat wajib setiap hari. Itu belum campur solat sunat.
- Ibnu Mas'ud telah bertanya pada Rasulullah, apa yang boleh kita lakukan untuk dapatkan ketenangan, Rasulullah SAW berkata bahawa ada 4 perkara yang akan buat kamu tenang iaitu:
- Solat => solat adalah antibiotik yang sangat hebat
- Al-Quran => Bacalah Al-Quran setiap hari
- Pergi majlis ilmu => Selalulah pergi ke majlis-majlis ilmu, jika terdapat kekangan seperti sakit, sekarang banyak program ilmu di televisyen dan di internet. Tetapi jika masih lagi mempunyai tubuh badan yang sihat, pergilah ke majlis-majlis ilmu. Jangan bagi alasan tiada masa, kerana jika anda tiada masa untuk ke majlis ilmu, anda jangan pelik jika Allah tiada masa dengan anda.
- Cari sesuatu masa pada pertengahan malam, sujudlah kepada Allah dan ini dipanggil tahajud. *Jika anda tidak buat pun salah satu di atas, jangan nak marah sesiapa jika anda tidak berasa tenang dan tidak memperoleh ketenangan.
- Kemenangan kita adalah apabila kita dapat solat yang khusyuk
- Rasulullah pernah merawat cucunya, Hasan Bin Ali yang demam dengan cara:
- Baca al-fatihah 40 kali, tiup dalam air, dan sapu di tempat sakit (dahi yang panas) dan kata Ulama', air itu juga elok untuk diminum
- Tetapi haram diminum jika percaya bahawa air itu yang menyembuhkannya. Kerana yang Maha Penyembuh adalah Allah SWT
Esok ada sambungan lagi dan kepada yang tidak sempat mengikuti pagi tadi, esok bolehlah menonton sambungannya pada jam 7.00 pagi di TV9. Mari banyakkan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini. Apa yang baik datang dari Allah, dan yang tidak baik daripada kekhilafan saya yang lemah ini.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment