Friday, April 25, 2014

INFO BUAT MAMA : Cara Hadapi Anak Mengamuk

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.


Akhir-akhir ni, kakak sumayyah kuat sangat mengamuk, menjerit-jerit, kuat marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Mama pun dah naik pening fikir. Macam-macam cara dah buat supaya dia tak mengamuk. Mama faham yang kakak tengah mengalami proses pembesaran. Pakar kanak-kanak juga mendapati pada waktu ini jugalah, iaitu anak-anak antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau mengalami throw temper tantrums. Bila kakak mula mengamuk, mama mula nak marah jugak. Dah berapa kali abah tegur mama supaya layan kakak baik-baik sebab dia tak faham lagi apa yang dia buat. Hehe. Sekarang, mama tengah belajar bersabar dengan super duper banyaknya untuk layan kakak. 

Jom kita belajar dari Prof. Dr. Rozieta Shaary berkenaan anak kuat mengamuk ni.

Ada beberapa orang bertanya; 'BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL ANAK-ANAK YANG BERUSIA 2HINGGA 6 TAHUN YANG SUKA MENGAMUK'.

Pertama - Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.

Kedua -  Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan  emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.

Ketiga - Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata-kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.

Empat - ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dgn tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dgn tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.

Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.

Bayangkan begini, jika anda di pejabat dan suatu perkara mengejutkan dan mungkin berbahaya berlaku. Semua orang panik. Semua orang jadi rasa tidak menentu dan hilang-punca. Pada ketika itu, jika ketua di pejabat itu pun sama naik hilang punca dan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata tidak baik dan marah-marah dan menyalahkan anda, bagaimana pandangan anda kepada ketua itu? Anda mengharapkan dialah yang boleh memimpin semua untuk boleh tenang dan bertindak bijak. Tapi kepimpinannya menyebabkan keadaan menjadi lagi kecuh dan keruh. Bolehkah anda menghormati kepimpinannya itu?

Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar dpd keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan. Sama seperti ketua di pejabat tadi. Our children need our leadership especially in situation like this. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi... hati dan jiwa mereka tercalar.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat maka bila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda, kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang dan tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu? Adakah mereka ini keturunan Adam a.s yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan Iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, bila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin overwhelm, mungkin rasa tidak dikasihi dsb. Dan semua itu ada ubatnya. Jadi soalan bagaimana hendak mengawal anak-anak yang suka mengamuk, membaling barang atau mengeluarkan perkataan tidak baik;

- tenangkan diri anda dulu - Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya
- lihat punca mengapa dia mengamuk dsb
- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
- minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham 'space' mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.

- setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik utk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya. So that they know, that is the right behavior.
- Avoid power struggle. They know you are in control when you actually show that you can manage situation like this with full of wisdom, love and empowering.

Semoga ini akan dapat membantu anda mengendalikan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang suka mengamuk.

============================================================
Anak suka mengamuk adalah salah satu cabaran bagi WAHM. Mesti kena tahu cara untuk ambil hati anak-anak supaya kita dapat bekerja dengan gembira. Ada 8 tindakan yang boleh kita gunakan untuk menangani masalah ini. Kesemuanya ada dibincangkan dalam ebook Super WAHM Super Mom tulisan Masayu Ahmad.




Harga = RM25
Berminat??

Hubungi saya:-
Nurul Suhada Basir
Emel: 
nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245

1 comment: