Tuesday, February 3, 2015

SUSUN ATUR KEHIDUPAN

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni ada semangat untuk menulis blog kembali. Alhamdulillah, setelah berbulan tidak menulis, sebenarnya banyak yang telah disusun atur bagi menjalani kehidupan. Walaubagaimanapun, kita masih lagi dalam mood untuk susun atur kehidupan, susun atur jadual hidup sebagai seorang ibu bekerjaya, menyusun atur barang-barang dalam rumah, dan susun atur kerja-kerja di pejabat. 

Terima kasih pada group Kami Suka Susun Atur di Facebook kerana banyak memberi semangat untuk kita menyusun atur kembali kehidupan kita. Haa, ambik kau, mentang-mentang tajuk susun atur, habis semua perenggan ada perkataan susun atur. Banyak yang perlu di susun atur kembali, jika dilihat rumah kita dengan sahabat-sahabat di group tersebut, macam jauh panggang dari api. Rumah diorang kemas sangat dan kita sangat-sangat jeles. Sesiapa yang rasa malas untuk mengemas rumah pun, sangat-sangat syorkan untuk join group ni. Nanti automatik akan rajin kemas rumah. Haha. Okey, tu sebenarnya tuju kat diri sendiri. 

Dalam mencari-cari idea untuk menyusun atur kehidupan yang terbaik bagi seorang ibu, terjumpa pula blog Susun Atur Sioca yang menawarkan planner yang bagi kita sangat sesuai sebagai seorang ibu. Kita pun beli satu planner dan dah dapat serta dah guna pun. Entri lepas ni kita cerita mengenai planner ni nanti yang juga dipanggil sebagai home binder. Ianya sangat-sangat berguna, siap ada meal planner semua. Puas hati sangat. Alhamdulillah.

Di Upm pula, sekarang pelajar tengah cuti sem, oleh itu, kita pun boleh sedia bahan-bahan mengajar lebih awal supaya tak kelam kabut macam sem lepas. Kita yakin, bila kita betul-betul susun atur hidup kita, InsyaAllah, semua akan terurus. Ini salah satu azam baru kita. Aamiin. Okey, selamat maju jaya pada diri sendiri untuk mengatur kehidupan.