Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

Teks: Nurul Suhada Basir
Foto: Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Selamat menyambut maal hijrah pada pembaca sekalian. Banyak penghijrahan yang perlu dilakukan oleh kita pada tahun baru ini. Penghijrahan untuk memperoleh lebih kebaikan di dunia dan akhirat, inshaAllah. Ada yang tanya, dah mula bekerja ni, ko dah tak buat bisnes online ke? Iyalah, instagram tak update, page pun sama. Ya Allah, kita minta maaf sangat-sangat, sebab tak sempat nak update instagram, page semua. Kita masih buat bisnes online ni, cuma masih lagi dalam proses sesuaikan diri. Anak-anak pun masih lagi terkejut. Alhamdulillah, adik dah sihat dari demam lepas on off demam selama 5 hari. Mama mana tak risau. Hari keempat adik demam, kami bawa dia pergi hospital, siap ambil darah. Alhamdulillah, tiada denggi dan hanya jangkitan virus di kerongkong sahaja sebab kurang minum air. Kakak Sumayyah pun dah boleh terima keadaan baru ni dan dia pun happy bila ke taska. 

Muka budak tak sihat. Huhu.

Pengorbanan yang paling besar bagi seorang ibu adalah bila berjauhan dengan anak-anak. Serius, rindu sangat dengan diorang. Tapi takpelah, semoga pengorbanan ini dikurniakan kemanisan akhirnya. Dari menjadi seorang WAHM, berhijrah menjadi seorang ibu bekerjaya. Banyak jadual yang perlu diubah semula. Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatanNya. Ada juga yang tanya, kenapa sibuk sangat nak kerja sedangkan selama ni dah okey jadi WAHM? Banyak sebab, salah satu adalah sebab mengajar adalah minat kita. Disamping kukuhkan kewangan keluarga. Cita-cita untuk melihat suami sambung belajar juga sebenarnya. Bila dah ada duit setiap bulan, dan dah kukuh sikit, bolehlah suruh suami sambung belajar. Jangan dia suruh kita sambung phd dulu dah. Hehe. Belum ada kekuatan untuk sambung phd. Berniaga juga ada pendapatan tersendiri, tapi masih tak mampu untuk menanggung satu keluarga. Cukup sekadar membantu apa yang perlu. Kita pun tak fokus berniaga sangat dulu, lebih fokus pada anak-anak dan keluarga. Kalau fokus berniaga, inshaAllah, boleh pergi jauh. Banyak pulak membebel. Bila nak mula tulis, takde idea. Tapi, bila dah mula tulis, panjang bukan main. Huhu.

Okey, petang nanti bolehlah korang baca doa akhir tahun. Lepas maghrib, korang baca doa awal tahun pulak okey. Nah, kita tempek doa sekali. Semoga kita sama-sama peroleh keberkatan pada tahun-tahun yang lepas, tahun ini dan akan datang. Aamiinn Allahumma Aamin.



Harga ebook rahsia khidmat pelanggan masih lagi promosi iaitu sebanyak RM30. Selepas ini akan dinaikkan pada RM50. Cepat-cepat. Sangat dialu-alukan pada sesiapa yang memang berniaga secara atas talian dan juga yang berminat berniaga atas talian. 



Untuk pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi kita:-

Sms/Wassap: 014-9775245
Email: nurulsuhadabasir@gmail.com








Monday, October 13, 2014

HILANGNYA TITLE WAHM

Teks: Nurul Suhada Basir


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah setahun lima bulan menjadi WAHM, pada rabu lepas, iaitu 9 Oktober 2014, secara rasminya kita dah bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Sebenarnya, tak terfikir untuk kembali bekerja sebagai seorang pendidik sebab fikirkan anak-anak di rumah. Mungkin dah rezeki untuk kembali menjadi seorang pendidik. Setelah mula jalankan perniagaan dari rumah, Januari lalu, kita sudah berhenti mencari peluang bekerja di luar.

Nak dijadikan cerita, pada Ramadhan yang lepas, rakan lama ketika belajar di UKM dulu, Ina, hubungi kita nak tempah cheese tart. Rupa-rupanya dia bekerja sebagai pembantu pengajar di UPM. Pada bulan Ogos, dia tawarkan untuk bekerja sebagai pembantu pengajar di sini kerana dia nak berhenti kerja dan pulang ke kampung. Kampungnya di Kedah. Dia nak cari kerja kat sana pulak, katanya. Kebetulan, dia tahu yang kita tak bekerja, dan suami kita pun kerja di dalam kawasan UPM, dia pun tawarkan kat kita. Lepas tanya suami, dia pun suruh kita mohon. Kita pun mohon, dua lepas permohonan, terus dapat panggilan untuk temuduga esoknya. Kelam kabut buat persediaan untuk temuduga. Hanya berserah pada Dia. Selepas temuduga, mereka cakap, jika dapat, mereka akan hubungi semula dan kemungkinan kemasukan pada bulan September.

Tunggu punya tunggu, hujung bulan Ogos kalau tak silap, Ina suruh email resume pada kak Liza, pembantu ketua jabatan di sini. Masuk bulan September, senyap tanpa berita. Kita ingat tak dapatlah. Buka balik email, saja check semula resume sebab dah lama tak cari kerja, email pun tak update sangat. Tengok-tengok balik, rupanya salah bagi nombor telefon. Lepas tu, kita email semula. Takde respon sampai rabu lepas. Rabu lepas tu pun, Ina yang telefon, tanya kita nak jadi tak pembantu pengajar kat sini. Kita cakap la, nak. Dia cakap, orang UPM call tak dapat. Rupanya diorang tak dapat resume baru yang kita dah update tu.

Petang tu jugak telefon UPM, dan diorang mintak datang ambil surat lapor diri. Petang tu pergi ambil surat lapor diri, cari taska untuk anak-anak. Alhamdulillah, taska blok sebelah rumah terima anak-anak. Kebetulan, seorang dari anak jagaan dia nak pindah bulan depan. Kesian kakak Sumayyah dan adik Aisyah. Tiba-tiba kena hantar pergi taska. Pagi tadi, adik masih lagi menangis bila hantar. Nak pulak dia masih susu badan. Buat masa ni, kita bekalkan dengan susu segar untuk adik. Hujung minggu lepas, dah bagi dia minum, dia pun okey. Lepas ni, mama akan usaha pam susu untuk bekalkan kat adik. Diorang pun terkejut lagi dengan suasana baru. Semoga diorang dapat sesuaikan diri di tempat baru. Aamiin.

Thursday, October 2, 2014

MY CYBER SALE

Teks: Nurul Suhada Basir
Foto: Ehsan website bookcafe.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Secara rasminya, tertutuplah promosi #mycybersale pada tengah malam tadi. Apa kes tiba-tiba cerita pasal my cyber sale ni? Hehe. Buat pertama kali yang kita tahu, gedung buku PTS buat sale. Apa lagi, mata ni dah 'bling-bling' tengok perkataan sale. Bila cerita kat Encik AH, dia izinkan untuk shopping. Haha. Kita, bila dah dapat lampu hijau, apa lagi, terus buka laptop, dan shopping! Sebagai seorang surirumah yang bekerja di rumah, shopping online adalah perkara biasa. Memang cekap. Rupa-rupanya, bukan PTS sahaja buat sale, karangkraf pun ada sale. Bila buka instagram, tekan #mycybersale, ramai rupanya yang buat sale. Tapi sebab dah fokus untuk shopping buku, kita buka website buku je la kan. 

Aduh, pinar mata, semua pun nak beli. Dari awal pembukaan sale tu lagi duk tengok website. Tapi tak beli lagi. Senarai dulu, nanti baru pilih yang betul-betul nak guna. Petang semalam, dalam jam 5 petang barulah betul-betul beli. Akhirnya, beli dua buku je. Senarai bukan main panjang. Hihi. Belanja kena waktu yang rasional. Sambil buat kerja rumah, sambil fikir buku apa. Kena belanja berhemah. Buku lain tu, kita masukkan sebagai 'wishlist' kita. InshaAllah, akan bekerja lebih kuat untuk capai 'wishlist' tersebut. Ini dua buku yang kita beli:

Buku Riyadus Solihin ni memang dah lama ada dalam 'wishlist'. Ada banyak je kat kedai buku, tapi agak mahal. Disebabkan buku ni dari harga RM120 jadi RM78, kita cepat-cepat beli. 

Buku ni dibeli khas untuk Encik AH. Dia minta belikan buku mengenai para sahabat Nabi Muhammad SAW, tapi tak jumpa pulak. Ini je yang jumpa, lagipun dia memang suka mengenai pedang-pedang ni. Jadi kita belikan. Disebabkan dua buku ni pun dah lebih RM100, kita tak jadi beli yang lain. Hehe. Lainkali kita shopping lagi. Tak sabar tunggu buku sampai depan hidung, erti kata lain, buku sampai betul-betul depan rumah. Hihi.

Selain baca buku secara 'offline' ni, kita suka juga baca ebook. Banyak ebook yang boleh kita baca untuk menambahkan pengetahuan atau panduan dalam hidup. Salah satunya, ebook keluaran Akademi Bekerja Di Rumah (ADBR). Sangat-sangat membantu WAHM seperti kita. Kita sangat-sangat syorkan sesiapa yang mahu menjadi WAHM atau memang seorang WAHM untuk dapatkan buku-buku keluaran ADBR. Nak beli dengan siapa? Hehe. Tanya ke? Meh beli dengan kita. Boleh tekan sini untuk tengok ebook tersebut. 

Ini salah satu ebook yang saya ulang-ulang baca untuk dapatkan idea serta naikkan semangat saya. 
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi kita. Ada 3 cara:
Sms/Wassap: 014-9775245
Email: nurulsuhadabasir@gmail.com




Wednesday, October 1, 2014

BASUH MESIN BASUH?

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak cerita mengenai basuh mesin basuh. Minggu lepas, dalam satu group Facebook yang kita join, ada cerita mengenai basuh mesin basuh. Pernah tak korang basuh mesin basuh korang? Bukan takat lap-lap luar mesin basuh, ni basuh dalam mesin basuh tu sendiri. Cerita kat Encik AH, yang kitorang tak pernah basuh pun mesin basuh, dan yang paling sendu, tak pernah tahu pun mesin basuh tu perlu dicuci jugak. Huhu.

Patutlah, dulu mesin basuh kat rumah mak, tiap kali basuh, ada lekat kuning-kuning kat baju. Masa tu memang ingat punca baju kotor tu sebab air. Kesian air dipersalahkan. Haha. Rupa-rupanya salah sendiri, tak basuh mesin basuh. Lepas bagitahu Encik AH, 2 hari kemudian, dia belikan sabun daricosway, memang khas untuk bersihkan mesin basuh.

Sabun yang dibeli di cosway


Ada 2 cara untuk guna dan bersihkan mesin basuh.

Cara Pertama

1. Tuang sabun dalam mesin basuh, tekan 'tub cleaning' dan biarkan sampai mesin siap. Proses ini dalam jangkamasa sejam.
2. Nanti akan keluar segala kotoran yang ada dalam mesin basuh, korang boleh ambil kain atau tisu untuk lap.

Cara Kedua

1. Tuang sabun dalam mesin basuh, set air sehingga maksimum, biarkan mesin berpusing 2-3 minit, biarkan terendam selama 5 jam.
2. Nanti akan keluar segala kotoran yang ada dalam mesin basuh, pastu korang tekan 'rinse and spin'
3. Korang boleh ambil kain atau tisu untuk lap.

Cara kedua lagi praktikal sebab rendam lama, dan lebih banyak kotoran yang keluar.

Semoga bermanfaat.