Sunday, September 28, 2014

RESEPI : Gulai Rebung Masak Lemak Bersama Udang Galah

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.


Selamat pagi semua. Hari ni kita nak kongsi resepi gulai rebung masak lemak dengan udang galah. Lauk ni sebenarnya lauk khamis yang lepas. Baru sempat update resepi hari ni. Alhamdulillah.

Bahan-bahan;
300 gm rebung (kita guna rebung madu) – dipotong bulat
1 ½ cawan air
3 ekor udang galah
2 batang serai (diketuk)
7-8 cili api (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit garam
1 keping asam keping
1 biji kelapa yang dah diparut
(kita perah santan 2 kali. 1 ½  cawan santan pekat. 2 ½ cawan santan cair)

Cara-cara;
1.       Rebus rebung bersama air dalam 5 minit. Tutup api, angkat, dan toskan. Buang air rebusan
2.       Masukkan bahan ditumbuk, serai, rebung, asam keping dan santan cair. Biarkan sampai mendidih.
3.       Masukkan udang. Kacau.
Setelah udang hampir masak, masukkan garam, dan seterusnya santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.

Gambar kat bawah semua menu yang ada pada hari tersebut. Sambal tu kita panggil sambal tomato. Sedap dan ianya adalah salah satu kegemaran saya. Kalau ada sambal tomato, makan pasti bertambah. Tak kisah ada lauk apa pun. Hehe. Sebenarnya, tiap kali buat sambal tu, mesti teringat arwah abah. Sebab dia suka suruh kita buat sambal tomato ni, dan sambal ni pun arwah yang ajarkan cara-caranya.

Menu pada hari khamis yang lepas. Biasanya kita masak banyak sikit terus sekali makan malam.

Gambar dekat sambal tomato. Sambal ni ada letak belacan sikit. Itu yang mengancam. Hehe.


Saturday, September 27, 2014

DAGING KORBAN TAK BOLEH DIJADIKAN UPAH

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.



Menjelang Hari Raya Aidiladha tak lama sahaja lagi, mesti ada kawan-kawan yang ingin menjalankan ibadah korban. Lazimnya, apabila melakukan ibadah korban ini, mesti ada yang jadi tukang sembelih dan kawan-kawan serta saudara mara yang akan membantu melapah daging. Kebetulan tengah online, ada seorang kawan keluarkan post mengenai haramnya daging korban yang diberi sebagai upah kepada penyembelih dan tukang lapah. Aku pun nak kongsi maklumat ini dengan kawan-kawan di sini sebagai peringatan bagi yang dah tahu, dan kepada yang belum tahu. Hal ini patut diketahui supaya amalan korban kita benar-benar menurut syarak. Di bawah adalah soalan seorang hamba Allah kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan upah untuk penyembelih dan tukang lapah daging korban.

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.


Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT dari ibadah korban yang kita jalankan. Kepada sesiapa yang selalu melakukan ini, semoga jadikan ini sebagai iktibar.

Wallahu'alam.

*************************************************************

Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
ð  belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
ð   dapat free kelas akaun
ð   bonus 4 ebook
ð   produk hanya atas talian
ð   tak perlu simpan stok
ð   tak perlu urus stok
ð   tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
ð   produk umum dan permintaan sepanjang tahun
ð   hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Nurul Suhada Basir melalui:
Pm melalui FB : Nurul Suhada Basir
Email : nurulsuhadabasir@gmail.com
sms/whatsapp : 014-9775245

Friday, September 26, 2014

TIPS DARI MAMA : Blog Sebagai Tempat Simpan Maklumat dan Gambar

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Setelah melalui pengalaman hardisk rosak, dan semua maklumat penting dan gambar-gambar kenangan hilang begitu sahaja, saya dapat idea untuk simpan maklumat ini di blog supaya tiada lagi kesedihan di kemudian hari. Sudah tentu tidak semua gambar boleh di muatkan di dalam blog, tetapi sekurang-kurangnya kita ada sekeping dua gambar kenangan untuk ditatap. Sebelum ini, saya hanya menganggap bahawa semua maklumat yang tersimpan di hardisk di bahagian 'Drive D' adalah selamat kerana jika kita format laptop sekalipun, ianya tidak akan ganggu kawasan terbabit. Ternyata ianya masih tidak selamat. Banyak gambar dan maklumat penting hilang setelah rosaknya hardisk terbabit. *sedih*

Hari ni saya nak simpan sedikit gambar kenangan sempena sambutan majlis perkahwinan sepupu saya pada 19 dan 20 september yang lepas. Selamat pengantin baru diucapkan pada ikhwan dan atiqah. Semoga diberkati Ilahi. 








Banyak sangat-sangat gambar lagi, tapi tak sesuai untuk diletakkan di sini. Selepas ini, nak kaji mengenai dropbox pulak. Kakak cakap, lebih baik simpan maklumat di dropbox. Tapi saya tak pernah cuba untuk guna lagi. Kalau sesuai, nanti kita cerita mengenai dropbox pulak, ok. Salam semua. Semoga bermanfaat. 







Thursday, September 25, 2014

EBOOK : Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Ehsan Facebook

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pernah tak kawan-kawan yang menjual online dapat pelanggan yang cerewet? Macam mana cara korang layan pelanggan-pelanggan. Kalau dapat yang tidak cerewet atau jenis tak kisah, tak mengapalah. Tetapi kalau dapat pelanggan yang banyak kerenah, bagaimana kita nak atasi supaya mereka puas hati dengan servis yang kita berikan. Semuanya ada di dalam Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online. InshaAllah, korang akan puas hati. Sekarang ada promosi ebook ini bagi 50 pembeli terawal.  



Salah satu rahsia yang ada dalam ebook Khidmat Pelanggan Online;

Pelanggan: Saya mahu barang sampai esok boleh tak?
Usahawan online: Tidak berani jamin, kadangkala boleh sampai esok, lusa, tiga hari atau seminggu. Ia bergantung kepada perkhidmatan syarikat penghantaran. Juga lokasi. Tetapi harapnya sampai seperti puan mahukan.

Berterus terang sahaja, berikan kefahaman dan kejelasan.



Hubungi saya:-
Nurul Suhada Basir
Emel: nurulsuhadabasir@gmail.com
SMS/whatsapp: 014 977 5245

Untuk keterangan lanjut dan mengetahui isi kandungan ebook, boleh juga pergi ke Gobok Ebook Kita.





MENU RINGKAS UNTUK SURIRUMAH - Bihun Campak Apa Adanya

Teks : Nurul Suhada Basir
Foto : Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Sejak dah lama tinggalkan dunia blog ni, kepala macam kena 'tune' balik semula. Banyak yang dah lupa. Macam kena mula dari awal semula. Huhu. Takpelah, kita kejar perlahan-lahan. Dah malam baru sibuk nak buat entri. Janji ada kan. Hehe. 

Dari semalam duk fikir hari ni nak masak apa tengahari sebab beras dah habis. Encik suami a.k.a En. AH tak sempat beli. Sama ada nak masak spagetti atau bihun. Kebetulan, anak sulung (ciksu) request nak makan mee, so, kita buat bihun goreng. Campak-campak apa adanya dalam peti. Haha. 

En. AH kita memang selalu balik makan tengahari. Macam mana sibuk sekalipun, kena juga masakkan untuk beliau. Dia memang tak suka makan kat luar. Katanya, masak nasi putih dengan telur goreng pun ok, janji makan kat rumah. Kesihatan dia pun tak berapa kebelakangan ni, Tak boleh silap makan sikit, mesti akan ada kesan pada dia. Makanan dalam tin sangat-sangat tak digalakkan untuk dia. Bila makan je, mesti lepas tu badannya lemah. Sejak ada gastrik 2 tahun lepas, sangat kena jaga makannya. Nanti kita tepek resepinya ye.



Bihun jarak dekat

Sambal bilis

Resepi Bihun Campak Apa Adanya.

Bahan-bahan:
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
* kita just ambil 3 sudu besar bawang yang dah siap kisar. 
3 ekor sotong
4 biji fishball
1/2 paket bihun sufi (rendam dahulu)
Sedikit sayur sawi, lobak merah, dan kobis bunga
Sedikit habatussauda'
Sedikit garam, gula, cili boh

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang yang dikisar. Kemudian, setengah sudu besar cili boh. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan fishball. 
3. Masukkan sayur-sayur, kemudian masukkan sedikit air. Biarkan sampai menggelegak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, masukkan bihun. Gaul sampai rata.
5. Apabila sudah masak, tabur sedikit habatussauda dan gaul sebatii.

* Bihun goreng ni tak pedas, sesiapa suka pedas bolehlah masukkan cili. Mak malas nak masak dua kali. Lagipun, teringat semalam ada lebihan sambal tumis bilis. Oleh itu, mama dan abah makan dengan sambal bilis je. Selain itu, sesuai juga nak makan dengan sambal kicap atau sambal hitam pahang. Sedang elok siap masak, En. AH sampai rumah dan sedia nak hidang. Dia buka pintu peti ais, kita tanya nak apa, dia ckp nak goreng ikan pekasam, makan dengan bihun. Lagi la sedap. Tapi ikan pekasam takde dalam gambar, sebab siap je ikan pekasam, kitorang terus ngap. Hehe.






Wednesday, September 10, 2014

KEMBALI BERSIARAN

Teks : Nurul Suhada Basir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.



Setelah beberapa bulan menyepikan diri, alhamdulillah, kita dah dapat bersiaran kembali. Laptop yang telah berkhidmat selama dua tahun lebih telah kembali pulih seperti sedia kala setelah rosak hampir 3 bulan lamanya. Terima kasih encik suami yang telah berusaha menghantar laptop untuk dibaik pulih. Aku ingatkan 2 bulan je, rupa-rupanya dah hampir 3 bulan tak pegang laptop sampai nak menaip pon dah tak selaju dahulu. Walaupun laptop sudah pulih, tapi ingatan laptop ini telah hilang sampai bila-bila. Huhu. Laptop rosak sebab hardisk rupanya. Hilang segala gambar, nota-nota, ebook, dan segala macam simpanan yang disimpan di dalam hardisk tersebut. Sodaqallahua'azim. Nak baik pulih hardisk perlukan rm1000-2000. Tak mengapalah. Mungkin sebab kekhilafan sendiri. 

Bila dah tinggal lama ni, banyak yang nak kena polish semula. Banyak yang dah lupa. Banyak yang nak kena recover balik. Tak apalah, perlahan-lahan. Minta maaf kepada cikgu Aishah sebab lama menyepikan diri. Progress mungkin agak perlahan berbanding kawan-kawan lain, tapi akan berusaha seboleh mungkin untuk penuhi 44 catatan. InshaAllah.